Man United Halang Maguire Sertai Newcastle Dan Spurs

Man United sebelum ini pernah menawarkan Harry Maguire £10 juta untuk pemain itu menamatkan kontrak atas persetujuan bersama. Dan pemain itu diminta mencari kelab baharu.

Namun Maguire dilihat tidak begitu berminat dengan cadangan itu.

Maguire sebenarnya menarik perhatian beberapa kelab termasuk kelab di EPL.

Eddie Howe sudah lama meminati gaya permainan Maguire. Dan sedia untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman dengan opsyen pembelian tetap.

Malangnya idea itu ditentang oleh pengurusan tertinggi Man United. Bukan kerana isu loan atau tak, sebaliknya mereka menganggap Newcastle adalah seteru dan pencabar mereka untuk kejuaraan liga musim hadapan.

Man United enggan menjual pemain mereka kepada pasukan yang dianggap pesaing mereka untuk kejuaraan liga. Mereka tidak mahu menguatkan pasukan lawan mereka itu.

Seterusnya, Spurs turut berminat dengan Harry Maguire. Pengurus baharu Spurs, Ange Postecoglou sedia menjadikan Maguire pemain pertama ditandatanganinya.

Spurs juga mahu mendapatkan Maguire untuk meyakinkan Harry Kane agar terus kekal di kelab itu.

Mereka beranggapan, dengan mendapatkan pemain seperti Maguire, ianya akan menunjukkan kepada Harry Kane betapa seriusnya mereka mahu memenangi piala bersama pemain itu.

Kane masih lagi tanpa sebarang piala major sepanjang kariernya.

Musim lalu, Kane dikatakan pernah mencadangkan kepada Daniel Levy untuk mendapatkan Harry Maguire,

Namun ianya mustahil kerana Man United tidak mahu menjual Maguire yang dianggap sudah bangkit kembali sebaik sahaja membantu Man United menamatkan kempen di tangga kedua liga.

Sama seperti Newcastle, Man United turut tidak akan menjual Maguire kepada Spurs. Ini kerana Spurs berpotensi menjadi lawan mereka untuk top 4.

Mereka malah bersedia untuk memasukkan klausa anti rival, jika Maguire menerima syarat penamatan kontrak atas persetujuan bersama untuk membolehkan pemain itu pergi secara ejen bebas.

Erik Ten Hag sudah memberitahu kelab bahawa dia tidak memerlukan Maguire dalam pasukannya.

Dan dia mahu mendapatkan Kim Min Jae daripada Napoli yang memiliki klausa pelepasan sekitar £51 juta.

Adakah Maguire akan berjaya dijual keluar oleh United pada jendela perpindahan kali ini?

Atau dia terus kekal di Old Trafford dan memberikan persaingan untuk merebut posisi bek tengah?

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali