Man United Lelong Fred £20 Juta, Fulham Berminat Namun Anggap Harga Terlalu Tinggi

Setelah sekian lama menabur bakti di Old Trafford, pemain antarabangsa Brazil, Fred dilaporkan bakal meninggalkan kelab itu.

Telegraph melaporkan bahawa Man United sedia menerima £20 juta untuk pemain tersebut.

Fulham dilaporkan berminat mendapatkan Fred. Dan pemain itu juga teruja dengan idea tersebut.

Fulham juga mahu membuat sedikit tawar menawar untuk pemain tersebut.

Menurut Fulham, harga £20 juta untuk pemain tengah berusia 30 tahun itu agak mahal dan di luar daripada budget yang mereka tetapkan untuk dibelanjakan pada pemain tengan.

Fulham mahu membuka bidaan sekitar £12 juta. Angka itu dipercayai terlalu rendah oleh United yang merasakan bahawa angka £20 juta sudah terlalu murah untuk seorang pemain kebangsaan Brazil yang sudah lama beraksi di EPL.

Yang mahukan sekurang kurangnya jaminan mendapat £15 juta ditambah dengan bonus.

Namun sumber United Zone menegaskan bahawa pihak kelab dan Fred sedang bertolak ansur dalam perkara tersebut. Dan benar benar berharap akan mencapai kata sepakat tentang perpindahan itu.

Memandangkan Fred sudah setuju dengan terma dan syarat peribadi yang ditawarkan kelab London itu.

Fred tertarik dengan kehidupan di London, di mana dia mahu membesarkan anak anaknya di bandar tersebut bersama isterinya.

Man United menghargai keterbukaan Fred untuk menerima idea agar dia dijual pada kali ini. Kerana Erik Ten Hag mahu mendapatkan nafas baharu di bahagian tengah.

Fred pula sedia berpindah ke kelab lain dan Fulham adalah pilihan hatinya ketika ini.

Fulham kini mengambil langkah berjaga jaga, kemungkinan akan kehilangan Palhinha ke West Ham United.

Selepas pemain itu diletakkan oleh Moyes dalam senarai pengganti Declan Rice, jika pemain antarabangsa England itu berangkat ke Arsenal.

West Ham sebenarnya tidak gembira dengan tanda harga diletakkan Fulham untuk Palhinha iaitu £90 juta.

Menurut West Ham pemain berusia 27 tahun itu dinilai berharga sekitar £30 juta.

Fulham menyatakan, alasan utama tanda harga £90 juta itu adalah kerana mereka menilai Palhinha sebagai hampir sama kualiti dengan Declan Rice.

Di mana West Ham meletakkan tanda harga £100 juta untuk pemain itu.

Palhinha menjadi pemain defensive midfielder yang banyak melakukan pintasan pada musim lalu di EPL.

Dia juga pemain yang sangat lincah dan dianggap masih mampu meningkat lagi potensinya.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu