Manchester City Kini Serius Mahu Hijack Declan Rice Dari Sertai Arsenal

Manchester City sebelum ini memantau perkembangan Arsenal dan Declan Rice. Di mana kelab London itu benar benar mengutamakan Rice sebagai sasaran mereka.

Namun proses mendapatkan Declan Rice berlangsung agak perlahan walaupun Arsenal sudah melakukan 2 bidaan rasmi.

Hal ini kerana isu harga. Arsenal masih belum sanggup memenuhi tanda harga £100 juta yang diminta oleh West Ham.

Tawaran pertama Arsenal melibatkan nilai keseluruhan £82 juta, termasuk bonus.

Tawaran kedua mencecah £90 juta termasuk bonus dengan pecahan £75 juta bayaran tetap dan £15 juta pula bonus. Namun West Ham tidak berpuas hati dengan syarat bonus itu yang dikatakan sukar dicapai.

Sebelum ini terdapat laporan Arsenal sedia memasukkan klausa bonus prestasi dibayar jika Rice membantu Arsenal menjuarai EPL atau UCL.

Man City kekal dalam pemantauan dan mereka sentiasa menghubungi West Ham jika kelab itu sudah menerima bidaan Arsenal atau tak.

Malah West Ham dikatakan yakin bahawa Man City akan menghantar bidaan mereka pada minggu ini.

Man City sebelum ini bercadang untuk mendapatkan Declan Rice dengan tawaran cash+player. Di mana Kalvin Phillips mungkin akan disertakan dalam tawaran tersebut.

Dan kini David Ornstein melaporkan bahawa, Man City benar benar serius mahu merampas Declan Rice daripada menyertai Arsenal.

City baru kehilangan Ilkay Gundogan. Dan mereka sedang dalam proses mendapatkan Matteo Kovacic dari Chelsea.

Man City dijangka akan menghantar bidaan mereka pada hari ini waktu di London.

Situasi ini pastinya kurang disenangi Arsenal. Ini kerana mereka berada dalam rundingan ini sudah berminggu minggu lamanya, dan mengabaikan terlebih dahulu proses mendapatkan pemain lain.

Misalnya, mereka berminat mendapatkan Moises Caicedo, tetapi Arsenal menetapkan bahawa, mereka hanya akan beralih ke sasaran lain apabila rundingan dengan Rice sudah selesai.

Declan Rice juga dilaporkan tiada masalah untuk menerima tawaran terma peribadi dikemukakan Arsenal. Dia benar benar mahu menyertai kelab yang berpangkalan di Utara London itu.

Namun dengan adanya persaingan daripada Manchester City, Rice mungkin akan tertarik untuk bekerjasama dengan Pep Guardiola.

Baca yang lain