Manchester United Bida James Rodriguez

Manchester United berminat mendapatkan pemain tersisih di Real Madrid – James Rodriguez.

Menurut Daily Express, Setan Merah sudah menghubungi Real Madrid untuk membincangkan perpindahan tersebut.

Ketika ini United cuba berunding agar James Rodriguez menerima pemotongan gaji daripada kadar yang beliau terima di Real Madrid.

Pemain antarabangsa Colombia tersebut bergelut untuk mendapatkan minit perlawanan di Real Madrid.

Beliau pernah dilamar Man United beberapa tahun dahulu, namun perpindahan itu gagal dimeterai.

Selepas Alex Ferguson terlepas peluang mendapatkan Eden Hazard, beliau cuba untuk mendapatkan James Rodriguez.

Namun pemain tersebut memilih untuk ke AS Monaco dengan perpindahan bernilai £41 juta.

Dalam satu sesi temubual dengan Rio Ferdinand, beliau menegaskan bahawa, ketika itu beliau merasakan bahawa perpindahan ke Old Trafford pada masa itu bukan pada masa yang sesuai.

Ejen kepada James Rodriguez, Jorge Mendes ada hubungan yang baik dengan Man United. Ejen yang sama mengendalikan Cristiano Ronaldo.

James menegaskan beliau teruja dikaitkan dengan Man United ketika itu namun memilih untuk menyertai kelab lebih kecil untuk mendapatkan jaminan lebih banyak minit perlawanan.

Selepas prestasi cemerlang pada Piala Dunia 2014, di mana James Rodriguez menjadi pemenang kasut emas edisi tersebut – James kemudian dibeli oleh Real Madrid dengan nilai £63 juta.

Man United kemudian menerima tawaran daripada Real Madrid untuk mendapatkan Paul Pogba dengan menyertakan James Rodriguez dalam perjanjian, namun gagal/

Dan kali ini, Real Madrid sedia melepaskan pemain tersebut dengan harga sekitar £23 juta.

Pemain 29 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid selepas Zinedine Zidane menyuruhnya mencari kelab baru.

Namun James dilaporkan enggan meninggalkan Real Madrid dan memutuskan untuk kekal, dipercayai isu terma peribadi, termasuk gaji menjadi isu utama.

James turut menjadi buruan kelab seperti Napoli dan AC Milan.

Pemain attacking midfielder berusia 29 tahun itu pernah dipinjamkan ke Bayern Munich. Namun gagal mendapatkan kontrak tetap.

James Rodriguez kemudian kembali semula ke Real Madrid dengan harapan akan dapat merebut tempat dalam pasukan tersebut.

Namun  beliau tetap gagal melakukannya.

Dalam perkembangan yang lain. Borussia Dortmund dilaporkan menolak bidaan £89 juta daripada Man United untuk Jadon Sancho. Ini kerana mereka mahukan sekitar £118 juta untuk pemain tersebut.

United mahu mencari serangan yang kreatif untuk menguatkan lagi bahagian tersebut.

Man United sudah menemui trio serangan yang tajam pada musim ini. Namun masih bergelut dengan isu kreativiti di bahagian tengah.

Namun kerisauan Man United pastinya kepada isu konsistensi pemain tersebut. Mereka mungkin yakin James Rodriguez akan menjadi pemain dalam top form sekali lagi jika diberikan minit perlawanan yang lebih banyak.

James beraksi cemerlang ketika di Bayern Munich sebelum ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.