Manchester United Sediakan Dana £70 Juta Untuk Beli Ivan Toney

Manchester United berminat untuk membeli Ivan Toney pada Januari akan datang. Ini untuk mengurangkan beban pada bahu Rasmus Hojlund di barisan serangan.

Hojlund sebenarnya masih lagi muda, dan dia didapati sedang menanggung tekanan yang agak tinggi daripada peminat United.

Hojlund dibeli oleh Man United pada pra musim ini dengan nilai perpindahan £70 juta. Dia dianggap The Next Erling Haaland berdasarkan cara permainannya yang lasak dan pantas.

United menjangkakan mereka akan mendapat dana perpindahan tambahan selepas Sir Jim Ratcliffe membeli 25% saham dalam United. Dengan billionaire itu dikatakan sedia membantu menambah dana untuk membeli pemain.

Toney dianggap solusi kepada krisis prestasi Hojlund. Walaupun Hojlund cemerlang ketika di UCL namun di EPL dia masih lagi suram dengan tanpa sebarang gol setakat ini.

Idea untuk mendapatkan Toney adalah kerana pemain itu sudah berpengalaman dalam EPL. Dan pada masa yang sama Erik Ten Hag boleh memilih sama ada mahu menggandingkan pemain itu bersama Rasmus Hojlund di atas padang.

Toney ketika ini masih menjalani penggantungan 8 bulan kerana isu berkaitan judi. Hukumannya akan berakhir pada pertengahan Januari.

Man United dikatakan sedia membayar £70 juta untuk membeli Ivan Toney. Angka itu mungkin agak rendah dibandingkan dengan valuasi harga diletakkan Brentford.

Di mana pengurusan Brentford mahukan sekurang kurangnya £100 juta untuk penyerang antarabangsa England itu.

Man United juga sedar bahawa mereka berdepan dengan persaingan daripada dua kelab Inggeris yang lain iaitu Chelsea dan Arsenal yang turut berminat dengan pemain itu.

Selain daripada Ivan Toney, dua lagi nama dalam senarai dikehendaki Man United ialah Mhedi Taremi dan juga Victor Osimhen.

Erik Ten Hag sebelum ini menyatakan bahawa pasukannya berada dalam fasa sukar. Namun yakin mereka akan bangkit dan memperbaiki keadaan dengan segera.

Baca yang lain