Manu Sainz (AS): Laporta Jumpa Mendes Bincang Perpindahan Ronaldo

Laporan oleh Manu Sainz (AS) menyebut bahawa Jorge Mendes dan Joan Laporta bertemu di Barcelona. Di atas meja perbincangan mereka, terdapat beberapa nama seperti Ruben Neves, Rafa Leao dan Bernardo Silva, dan juga Cristiano Ronaldo.

Semalam Barcelona mengesahkan penandatanganan Andreas Christensen dan Franck Kessie secara percuma. Barca mendapat suntikan dana EUR200 juta hasil daripada penjualan hak penyiaran mereka.

AS mendedahkan bahawa presiden Barça dan ejen bintang Portugal itu kini sedang membincangkan kemungkinan yang ada untuk bekas pemain Madrid itu untuk menyertai barisan Barça musim panas ini.

Barca antara kelab yang benar benar aktif memburu pemain ejen bebas.

Mendes dan Laporta makan malam dengan perbincangan tentang Cristiano yang tidak kembali ke England seperti dijanjikan atas alasan urusan keluarga. Ronaldo dikecualikan daripada melapor diri pada hari pertama di kem pra musim Manchester United.

Seperti yang telah diketahui, Joan Laporta beberapa tahu lalu telah cuba menilai kemungkinan dan ketersediaan untuk memasukkan Cristiano dalam senarai pemain dikehendakinya, tetapi keadaan ekonomi kelab yang rumit itu menghalangnya daripada mengambil pendekatan serius terhadap isu ini.

Akhirnya, usaha itu tidak berhasil yang membuatkan Ronaldo cuba menyertai Manchester City.

Pada saat akhir Manchester United memintas Ronaldo daripada menyertai jiran setempat mereka itu. Kerana mereka tak mahu salah seorang legenda berpengaruh dalam sejarah kelab mereka memakai seragam biru Manchester.

Terdapat juga hipotesis di mana Laporta mahukan Cristiano ke Barcelona sebagai memberi tekanan kepada Bayern Munich yang liat untuk menjual Lewandowski ke kelab mereka, walaupun pemain itu sudah terbuka memberitahu dia mahu angkat kaki.

Laporta sebelum ini kecewa Bayern tidak serius dalam perbincangan Lewandowski dan tidak mengangkat beberapa panggilan mereka.

Sementara itu, Cristiano berada di Portugal dan telah menangguhkan kepulangannya ke Manchester kerana masalah keluarga.

Bintang Portugal itu, pada usia 37 tahun, merupakan pemain terbaik Manchester United musim lalu dan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford adalah berdasarkan fakta bahawa dia mahu menyertai kelab yang bercita cita tinggi mahu memenangi kejuaraan.

Dia kurang yakin dengan projek Manchester United selepas kelab itu gagal membawa masuk pemain pemain bintang baharu.  Selain itu dia juga mahu bermain di UCL untuk sepanjang baki kariernya.

Sumber yang rapat dengan bintang Portugal itu memberi jaminan bahawa kelab Inggeris itu enggan membuka pintu kepada pemain itu untuk keluar kerana Erik Ten Hag sudah menyertakan namanya dalam senarai pemain penting dalam projeknya.

Situasi yang sama pernah berlaku ketika Ronaldo meminta meninggalkan kelab itu dahulu untuk menyertai Real Madrid. Dan ketika dia meninggalkan Juventus. Di mana kedua dua kelab itu cuba menghalang Cristiano daripada pergi.

Bayern, Chelsea, Roma dan Napoli antara kelab yang sudah dikaitkan dengan pemain itu.

Nama Cristiano Ronaldo dilaporkan menguasai hampir keseluruhan topik perbincangan dalam pertemuan antara Laporta dan Jorge Mendes, walaupun nama Bernardo Silva, Ruben Neves dan Rafa Leao adalah pilihan yang Barcelona pertimbangkan untuk mengukuhkan pasukan musim panas ini atau akan datang.

Ketiga-tiga pemain itu amat disenangi oleh presiden Barça, terutamanya perancang Manchester City, yang dia merasakan beliau perkara yang Barca hilang di bahagian tengah.

Masalahnya ialah Bernardo Silva hanya boleh meninggalkan City dengan harga hampir 100 juta euro yang tidak mampu dibayar oleh Barça.

Objektif keutamaan ialah Lewandowski dan perpindahan bersama Cristiano menjadi mesej kepada Bayern.

Barça juga sedang memberitahu bahawa mereka tidak begitu terdesak untuk Poland itu, kerana dia sedang mempertimbangkan pilihan lain iaitu Cristiano Ronaldo, yang dianggap pemain yang semua orang mahukan.

Tetapi ia juga akan memerlukan Ronaldo membuat keputusan yang sangat besar dalam kariernya. Disebabkan dia sudah memiliki legasi luar biasa di Real Madrid.

Terdapat juta teori menyatakan bahawa ini merupakan plot yang dirancang Mendes untuk membuatkan Real Madrid terdesak menandatangani semula legenda mereka. Seperti mana yang dilakukan Mendes ketika dia benar benar berbincang dengan City pada musim sebelum ini untuk menarik perhatian Manchester United.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.