Marco Rossi: “Satu Je Minta, Bila Aku Sudah Tiada, Buatlah Penghormatan Seminit Di Stadium”

Hungary menghasilkan “keajaiban” dengan menewaskan England 4-0 dalam Liga Negara-Negara Eropah pada hari Selasa.

Namun pengurus mereka, Marco Rossi mengingatkan para pemainnya agar terus merendah diri kerana mereka masih bukan pasukan gergasi di eropah, itulah hakitatnya.

Roland Sallai menjaringkan dua gol di Stadium Molineux ketika Hungary memberikan kekalahan terburuk kepada England dalam tempoh 94 tahun. Kali pertama dalam sejarah England, mereka kalah dengan 4 gol tanpa balas.

Ia merupakan kemenangan kedua Hungary ke atas England dalam pertandingan itu selepas kemenangan 1-0 mereka di Budapest awal bulan ini.

Marco Rosssi kemudian mahu kerajaan Hungary menulis detik itu dalam buku sejarah negara mereka. Kerana ianya detik manis.

Dia juga tak mintak banyak, tak mintak bonus atau lot tanah, cukuplah dengan memberikan dia penghormatan seminit apabila dia mati kelak.

“Saya pasti England benar-benar antara yang terbaik di dunia dan pilihan untuk memenangi piala dunia, jadi dapat memperoleh keputusan ini malam ini adalah sesuatu yang terdengar seperti satu keajaiban,” kata Rossi kepada pemberita.

“Jika keajaiban dalam bola sepak berlaku, ia sukar untuk melihat ia boleh diulangi. Jadi kami gembira tetapi kami perlu mengekalkan kaki kami berpijak di bumi yang nyata.”

Keputusan itu juga merupakan kali pertama pasukan pelawat menjaringkan empat gol menentang England sejak Hungary sendiri menang 6-3 pada 1953.

Rossi berkata dia telah mencapai kejayaan paling manis sebagai jurulatih.

“Apabila saya mengambil tugas itu, saya berkata kepada presiden dan perdana menteri kita (Hungary) bahawa saya ingin meninggalkan momen yang mengingati kehadiran saya sebelum pergi,” katan

“Saya rasa pada ketika ini, momen itu boleh dilihat… apabila saya mati saya pasti di stadium di Hungary akan menagadaka satu minit penghormatan senyap. Ini adalah pencapaian yang hebat untuk saya.”

England 0 Hungary 4

England meneruskan prestasi buruk mereka dengan kekalahan memalukan 4-0 di tempat sendiri kepada Hungary dalam Liga Negara-Negara UEFA.

England tidak menyangkan bahawa mereka akan melalui kempen UNL musim ini dengan sangat teruk seperti ini.

The Three Lions masih belum meraih kemenangan pertama mereka dalam pertandingan tahun ini dan ditewaskan teruk oleh Hungary buat kali kedua dalam tempoh sepuluh hari.

Ia juga merupakan kekalahan terburuk England di tempat sendiri sejak 1928. Dengan margin 4 gol.

England tewas 1-0 di Budapest pada 4 Jun yang lalu. Ianya dianggap kejutan terbesar dalam kumpulan ini. England kemudian seri berturut-turut menentang Jerman dan Itali.

Jika di Budapest dianggap upset terbesar, bagaimana pula dengan kekalahan 0-4 England di tempat sendiri di tangan pasukan Hungary sekali lagi?

Anak buah Gareth Southgate sedang mencari kemenangan pertama mereka dalam kempen di Molineux tetapi permainan berakhir dengan keputusan sangat memalukan berikutan dua jaringan daripada Roland Sallai, satu jaringan menakjubkan dari Zsolt Nagy dan satu gol lewat dari Daniel Gazdag.

Sallai menjadi nama yang sangat menonjol. Menjadi pemain Hungary pertama selepas Ferenc Puskas dan Nandor Hidegkuti pada 1953 menjaringkan 2 gol ke atas England. Ketika itu Hungary adalah generasi emas.

Di mana Hungary menjadi pasukan pertama menjaringkan lebih 4 gol ke atas England di England.

Sallai menjadi senjata ampuh Hungary untuk menewaskan England.

Hungary hanya melakukan enam percubaan dalam perlawanan ini. 5 on target dan 4 gol yang terhasil. England menguasai hampir 70% perlawanan, namun mereka tidak dapat berbuat apa apa daripada penguasaan bola sebesar itu.

Sementara itu, England turut mendapat 1 kad merah berbanding dengan lawan mereka.

Ia merupakan rehat antarabangsa yang menyedihkan untuk England dan peminat di media sosial telah menggesa Southgate dipecat serta merta.

Tetapi itu agak mustahil kerana Southgate sedang mempersiapkan pasukan England yang akan bertanding dalam aksi Piala Dunia pada akhir tahun ini.

Di tempat duduk penyokong, para penyokong di dalam stadium melaungkan “Anda tidak tahu apa yang anda lakukan” selepas Southgate membawa masuk Harry Maguire untuk menggantikan Bukayo Saka berikutan John Stones dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua yang teruk pada lewat perlawanan.

Mereka mempersoalkan pertukaran tersebut.

Finalis Euro 2020 kini telah melalui lebih enam jam tanpa menjaringkan sebarang gol gol daripada permainan terbuka. Dan mereka hanya boleh menarik nafas lega kerana memikirkan bahawa Piala Dunia akan berlangsung pada akhir tahun ini. Kalau tak memang teruk prestasi England ni.

Kekalahan malam Selasa adalah yang paling teruk selama 12 tahun dan membawa kepada ejekan dan ejekan yang kuat apabila wisel penamat didengari.

Di media sosial para peminat berterusan mengecam Gareth Southgate selepas kekalahan memalukan itu. Mereka juga mengingatkan Southgate bahawa dia memiliki pilihan yang sangat besar untuk memilih pemain dari kalangan pemain bintang yang beraksi di EPL dan liga utama eropah yang lain berbanding dengan lawan mereka.

Hungary yang sebelum ini dianggap pasukan tempat mencari mata oleh 3 lagi pasukan kuat, ternyata membuat kejutan. Selepas 4 perlawanan, mereka berada di tangga teratas dalam kumpulan maut ini.

Kumpulan ini disebut kumpulan maut bukan kerana Hungary kuat, tetapi kerana 3 lagi pasukan tersebut yang dianggap kuasa besar.

England kini berada di tangga tercorot dengan hanya mengutip 2 mata selepas 4 perlawanan. Menjaringkan hanya 1 gol dan bolos 6 kali dalam tempoh tersebut.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.