Marko Simic Mahu Heret Persija Ke FIFA Sebab Setahun Tak Bayar Gaji

Bekas penyerang Melaka United dan Negeri Sembila, Marko Simic mengheret Persija Jakarta ke FIFA.

Pada Selasa (26/4), Simic mengeluarkan kenyataan menamatkan kontrak secara unilateral ataupun sebelah pihak dengan Persija kerana gajinya belum dibayar selama setahun.

Simic benar benar kecewa dengan tindakan kelab yang mengabaikan kebajikan pemain mereka.

Namun, pada Rabu lalu 27 April 2022, Persija membuat kenyataan balas bahawa tuduhan tersebut tidak benar dengan mengatakan gaji tidak dibayar atau tertunggak hanya pada awal musim pandemik sahaja.

Ternyata Simic menyatakan bahaw adia tidak menerimanya dan mengeluarkan kenyataan balas mengatakan Persija tidak jujur.

Bukan itu sahaja, Simic juga menyatakan dia tidak akan teragak agak untuk mengheret Persija ke FIFA. Walaupun Simic memiliki hubungan yang sangat rapat dengan kelab itu.

Simic turut menyatakan bahawa dia memang dah menjangka kelabnya itu akan cuba mengelak dan spin kenyataan.

Dalam kenyataannya, Simic berkata:

“Persija tidak membayar gaji saya seperti yang dipersetujui dalam kontrak sebelum C0VID-19, semasa C0VID-19 dan selepas C0VID-19 berakhir. Ini bermakna kelab tidak bercakap benar dalam kenyataannya,” kata Simic dalam kisah Instagramnya.

“Saya sudah jangka tindakan seperti ini daripada mereka.”

“Untuk menjelaskan keadaan, saya akan berjuang untuk kebenaran di hadapan FIFA dan saya percaya saya akan menang.”

Sebelum ini, presiden kelab Mohammad Prapanca, menyatakan bahawa Simic telah menerima gaji yang diselaraskan.

“Persija adalah kelab yang patuh dan taat dengan peraturan.”

“Adalah tidak benar pernyataan yang menyatakan bahawa gaji pemain tidak dibayar setahun.”

“Walaupun pelarasan gaji dilakukan kerana keputusan PSSI berhubung dengan pemberhentian pertandingan kerana pandemik. Asasnya adalah sura keputusan daripada PSSI.”

“Dalam situasi ini, semua pemain termasuk Marko Simic setuju dengan kesepakatan tersebut yang dinyatakan dalam lampiran pertama sehingga semua [pertandingan] berjalan seperti biasa.”

Persija kemudian menegaskan bahawa Marko Simic selama ini menerima gaji yang diselaraskan itu tanpa sebarang rungutan.

Sambil menyatakan bahawa Persija adalah kelab yang sentiasa membangunkan pemain terutama sekali pemain seperti Simic yang menjadi watak penting kelab.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di