Marotta: “Lukaku Ke Chelsea Kerana Duit, Kualiti Dzeko Setaraf Beliau”

CEO Inter Milan, Giuseppe Marotta mengejutkan ramai pihak apabila tampil mengkritik Romelu Lukaku dan menuduh pemain itu mata duitan.

Selepas satu proses rundingan yang sangat rumit, Chelsea akhirnya setuju membayar £97.5 juta kepada Inter untuk mendapatkan Lukaku.

Pemain antarabangsa Belgium itu kemudian menyatakan bahawa beliau menyertai Chelsea untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh sebelum ini.

Lukaku pernah menyertai Chelsea pada 2014 namun gagal menjadi pemain utama pasukan. Membuatkannya dipinjamkan dan dijual.

Prestasi Lukaku bersama Inter Milan musim lalu sangat luar biasa. Beliau membantu Inter menjuarai Serie A pertama dan menamatkan dominasi Juventus.

Inter Milan berdepan dengan krisis kewangan dan terpaksa menjual beberapa pemain mereka. Inter menjual Achraf Hakimi ke PSG dan kemudian Lukaku.

Lukaku kemudian menegaskan bahawa beliau tidak terfikir untuk meninggalkan Inter Milan walaupun banyak tawaran lain. Sehinggalah tawaran daripada Chelsea tiba. Barulah Lukaku mempertimbangkan untuk pergi.

Dalam temubualnya bersama dengan Il Corriere della Sera, Beppe Marotta turut menyatakan bahawa Lukaku menyertai Chelsea hanya kerana duit semata mata.

Di mana pemain antarabangsa Belgium itu meminta gaji dua kali ganda di Inter dan ianya mustahil untuk kelab menuruti permintaan pemain itu.

Kemudian Inter memilih untuk menjual Lukaku dan mendapatkan Edin Dzeko. Marotta kemudian memuji urusniaga tersebut sebagai bijak kerana mereka mendapat Dzeko pada kos sangat rendah namun kualiti kedua dua pemain tak jauh bezanya.

“Lukaku dijual dengan nilai €115 juta dan kemudian kami mendapatkan Dzeko secara percuma. Di atas padang, tak banyak beza pun di antara kedua dua mereka.”

“Lukaku pergi ke Chelsea kerana nak menggandakan gajinya. Di Itali, angka yang dia minta itu adalah tidak wujud.”

“Hari ini, kita tak boleh membuat pelaburan penting sebab kita tak dibenarkan untuk menandatangani ‘Lukaku’ lagi dengan nilai €75 juta. Kita harus mengurangkan kos dan spesifik dalam pelaburan.”

Marotta pada masa yang sama menyatakan bahawa beliau setakat ini berpuas hati dengan prestasi pengganti Antonio Conte iaitu Simeone Inzaghi.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu