Marquez Akui Akhirnya Sedar Kehebatan Rossi: “Saya Ingin Menjadi Sepertinya, Namun Agak Mustahil”

Juara dunia MotoGP enam kali Marc Marquez percaya MotoGP sedang mengalami perubahan dalam generasi pelumba. Dan beliau mengakui bahawa dia perlu mengikut rentak perubahan generasi tersebut.

Marc Marquez berkongsi pendapatnya dengan merasakan situasi semasa adalah sama seperti ketika dia membuat debut MotoGP pada 2013.

Di mana dia harus beradaptasi dengan baik untuk terus kekal menjadi pesaing.

Bertuah bersaing dengan Rossi

Sebagai pelumba rookie dan masih dalam usia muda ketika itu, Marc Marquez ketika itu berasa bertuah kerana dapat berkongsi trek dengan pelumba berpengalaman seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo, dan Dani Pedrosa.

The Marquez merasakan dia mendapat banyak ilmu yang dia pelajari apabila menjadi saingan kepada Valentino Rossi.

Menurutnya, situasi ini sama seperti yang berlaku di MotoGP musim ini. Dan dia mulai terkenangkan situasi yang dialami Valentino Rossi ketika berdepan dengan revolusi perlumbaan kerana generasi berbeza.

Kini Marquez pula yang berdepan dengan pelumba pelumba muda yang berbakat dan tidak gerun dengannya, sama seperti Marquez hampir sedekad lalu.

“Apabila saya tiba pada 2013, saya mendapat keistimewaan belajar daripada pelumba seperti Rossi, Lorenzo atau Pedrosa.”

“Sekarang saya berada di kedudukan yang sebaliknya.”

“Saya melihat bagaimana pelumba muda muncul dan bagaimana mereka melakukan perkara baharu,” kata Marquez, dipetik oleh Champion.net daripada Motosan.es.

“Kami pelumba veteran juga belajar daripada mereka.”

Keadaan ini membuatkan Marquez berfikir tentang masa depannya dalam MotoGP selepas tamat musim ini.

Dengan usia yang agak lanjut, Marquez berkata dia mengidamkan fasa akhir kerjayanya sama seperti Rossi yang masih kompetitif dalam 4 musim lagi sekurang kurangnya.

Marquez menyatakan kekagumannya kepada Rossi yang terus bertahan dan terus bersaing di peringkat tertinggi dengan ledakan bakat bakat muda yang terus tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Bukan mudah mahu menjadi seperti Rossi

Namun menurut Marquez, apa yang dilakukan Rossi bukanlah mudah untuk ditiru kerana dia tidak berasa yakin mampu melakukannya.

Itu membuatkan Marquez semakin mengagumi The Doctor. Dalam beberapa bulan ini Marquez terfikir sejenak tentang betapa hebatnya Rossi.

Rossi bertarung dengan beberapa generasi pelumba yang pernah menyaksikannya ketika mereka masih kecil. Ada yang pernah berguru dengannya untuk menuntut ilmu.

Sebabnya, setakat ini Marquez amat biasa dengan kecederaan sehingga pernah berehat hampir sepanjang musim.

“Masa dan kepala saya akan menentukan sama ada saya boleh melanjutkan kerjaya saya sama seperti Rossi.”

“Banyak perkara bergantung kepada minda, tetapi ia juga bergantung kepada situasi semasa, contohnya kecederaan.”

“Mempunyai pasukan perubatan yang baik di sekeliling anda atau mengenai isu motivasi, terdapat banyak faktor.”

Zaman berbeza cara berbeza

Bagi  Marc Marquez, kini generasi sudah berbeza jadi dia harus lebih mampu menyesuaikan diri. Dia tida boleh menganggap dirinya sebagai bintang utama MotoGP. Itu akan menghanyutkan dirinya dengan ego.

Valentino Rossi mengakhiri kariernya pada akhir musim lalu. Dia meninggalkan MotoGP sebagai legenda ulung. Malah dianggap sebagai legenda terbaik yang pernah ada dalam MotoGP.

Lin Jarvis menganggap Rossi lebih besar dari MotoGP itu sendiri. Ramai yang mulai mengenali dan meminati MotoGP kerana Valentino Rossi.

Marc Marquez dianggap antara seteru utama Rossi dalam MotoGP. Kedua dua pelumba malah pernah beberapa kali bertegang urat dan tidak sehaluan.

Namun kedua duanya tetap menghormati antara satu sama lain kerana kredibiliti dan pencapaian mereka.

Baca yang lain