Martial Halang Hasrat Ten Hag Sign Seorang Lagi Bintang Ajax

Erik Ten Hag dilaporkan berminat untuk mendapatkan seorang lagi pemain dari Ajax. Namun dia kini dihalang oleh Anthony Martial yang menolak tawaran daripada kelab lain.

Martial dilaporkan tidak mahu berpindah pada Januari ini. Dan dia tidak berminat untuk berunding dengan mana mana kelab. Ada beberapa tawaran tiba untuk Martial. Malangnya pemain asal Perancis itu tidak mengendahkannya.

Ten Hag sudah merancang mahu membawa masuk Brian Brobbey dari Ajax. Pemain yang diberikan debut oleh Erik Ten Hag pada tahun 2020 yang lalu.

Dengan situasi kewangan kelab ketika ini, Ten Hag mahu mendapatkan pemain itu secara pinjaman terlebih dahulu.

Dan dia berharap dapat mengeluarkan Anthony Martial daripada senarai bil gaji pemain. United sudah bercakap dengan Martial bahawa kelab tidak mahu mengaktifkan klausa lanjutan setahun pada kontraknya. Dan berharap pemain itu akan berpindah pada Januari ini.

Antara kelab yang berminat dengan Martial adalah Fenerbahce dari Turki.

Malangnya Martial tidak menerima cadangan itu dan sedia untuk terus kekal sehingga akhir musim ini dan pergi secara percuma apabila kontraknya berakhir pada akhir musim ini.

Martial sebelum ini menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat United ketika dia berehat panjang untuk beberapa minggu atas alasan tidak sihat.

Dengan itu Ten Hag kini terpaksa menangguhkan usaha mendapatkan Brobbey. Dengan pemain itu akan dalam senarai untuk dibeli pada musim hadapan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari