Martinez: “Ya! Akulah Tukang Sembelih Dari Amsterdam, Langkah Mayat Orang Pun Aku Sanggup”

Lisandro Martinez disahkan sebagai pemain baharu Manchester United. Dalam perpindahan yang menelan kos sekitar €65 juta secara keseluruhan termasuk bonus.

Dia menjadi rebutan dua kelab iaitu Manchester United dengan Arsenal. Secara peribadinya, Martinez tersepit di dalam dilema. Dia pada awalnya sangat tertarik dengan tawaran Arsenal kerana falsafah Mikel Arteta.

Namun pada masa yang sama mahu bekerjasama semula dengan Erik Ten Hag di Manchester United.

Selepas beberapa minggu tarik tali tentang keputusannya, dia akhirnya memilih Manchester United, menurut laporan Fabrizio Romano. Dan pada masa yang sama dia sebenarnya sangat tertarik dengan projek di Arsenal, tegas laporan itu lagi.

Beliau menjadi pemain ketiga ditandatangani oleh Erik Ten Hag selepas Christian Eriksen dan Tyrell Malacia.

Lisandro Martinez menegaskan bahawa dia adalah seorang pejuang sejati dari Argentina. Dan digelar tukang sembelih dari Amsterdam.

Dia menjelaskan bahawa keluarga dan rakan rakannya di Argentina merupakan motivasi utama dalam dia melakukan setiap perkara di atas padang.

Dia akan melakukannya dengan bersungguh sungguh kerana bola sepak dalam periuk nasinya yang paling penting.

Dia mengesahkan bahawa memang dia digelar sebagai tukang sembelih dari Amsterdam. Bandar yang menjadi markas kepada Ajax.

Martinez berkata:

“Ya saya digelar tukang sembelih dari Amsterdam. Kami orang Argentina melakukan semua perkara dengan bersungguh sungguh. Dan apabila saya masuk ke dalam padang, saya akan berjuang untuk memenangi setiap bola.”

“Jika saya terpaksa melangkah mayat seseorang, maka saya akan lakukannya.”

“Saya mahu memenangi setiap situasi [perebutan bola] 50-50. Kerana saya tahu saya sedang berjuang untuk mendapatkan makanan untuk setiap ahli keluarga dan saudara saya. Ianya satu motivasi yang saya tak dapat nak jelaskan.”

Lisandro Martinez merupakan bek tengah yang memiliki gaya permainan bek tengah moden.

Dia pemain yang boleh bermain di kesemua posisi bertahan termasuk defensive midfielder.

Berdasarkan situasi semasa, Martinez lebih melihat dia lebih berpeluang bermain di posisi terkuatnya di Manchester United berbanding di Arsenal.

Baca yang lain