Mason Greenwood Dibebaskan Atas Jaminan Polis

Penyerang muda Manchester United, Mason Greenwood telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut. Polis Greater Manchester mengumumkan perkara tersebut pada hari Rabu.

Polis Greater Manchester dalam kenyataannya berkata:

“Lelaki berusia 20 tahun yang ditahan atas tuduhan mer*gol dan keganasan terhadap wanita telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.”

Bintang remaja berusia 20 tahun itu ditangkap polis pada Ahad atas tuduhan serangan fizikal dan melakukan kekerasan domestik. Dua hari kemudian, penahanan Greenwood dilanjutkan lagi, kerana dia juga didakwa dengan serangan seksual dan ugutan bunuh.

 

Dalam satu video yang dimuatnaik dalam Instagram Harriet Robson – teman wanita Greenwood – memaparkan Harriet berdarah di mukanya kerana dibelasah Greenwood. Badannya habis lebam.

Kemudian tersebar satu lagi video berbentuk audio di mana lelaki dalam rakaman tersebut dipercayai Greenwood telah mengugut Harriet, kalau dia tak nak menjalinkan hubungan ranjang dengannya ketika itu dia akan menggunakan kekerasan ke atas Harriet.

Wanita itu berkali kali menolak namun lelaki itu tak mempedulikannya dan mencaruti wanita itu.

Selepas itu ayah kepada Harriet mempertahankan hubungan Harriet dan Greenwood yang menurutnya, kedua dua mereka masih sangat mencintai. Cuma video itu disebarkan oleh hacker yang menggodam telefon anaknya.

Sejak berita dan video tersebut tersebar, Greenwood telah merasai impak serta merta kerana kes ini. Greenwood dihalang daripada memasuki padang latihan Manchester United sehingga perkembangan selanjutnya diumumkan oleh ‘Red Devils’. Atau dalam erti kata lain, dia benar benar bersih daripada pertuduhan.

Nike turut menggantung sementara tajaan ke atas Greenwood. Ini diikuti oleh EA Sports yang mengeluarkan dahulu Mason Greenwood daripada FIFA 22. Semua pek FUT berkaitan dengan Greenwood buat masa ini tidak akan tersedia.

 

Laman e-dagang rasmi kelab turut menurunkan produk berkaitan Greenwood kerana siasatan yang dilakukan ke atasnya. Penaja Cadbury turut mengumumkan bahawa mereka sedang menutup iklan yang akan dipaparkan dalam beberapa hari lagi. Di mana mereka tidak mahu ada Greenwood di dalamnya.

Lebih lebih lagi pemain itu sedang dalam siasatan berkaitan kes penderaan fizikal dan seksual. Sedangkan pelanggan Cadbury, ramai dari kalangan kaum hawa.

 

Greenwood sebenarnya adalah salah seorang pemain prospek harapan Man United yang berada di kalangan pemain remaja elit sebelum ini. Dia telah membuat penampilan sulung di Man Utd sejak usia 17 tahun lagi.

Mason Kayu Hijau kemudian dihadiahkan kontrak baru yang lumayan. Menyaksikan dia mendapat £75 ribu seminggu di Old Trafford. Angka yang sangat besar mengambil kira dia baru sahaja dinaikkan pangkat ke pasukan utama.

Musim ini, Greenwood malah menjadi pilihan utama di barisan hadapan Man Utd dalam beberapa perlawanan. Bergandingan dengan  ramai pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani, Marcus Rashford, Jesse Lingard, dan Jason Sancho.

Greenwood dianggap bintang masa depan untuk Manchester United.

Semasa musim pandemik awal dulu, Greenwood turut mencetuskan kontroversi apabila dia dan Foden tidak mengendahkan peraturan sistem gelembung sukan dalam pasukan kebangsaan England. Ini selepas mereka menjemput dua wanita ke hotel pasukan kebangsaan England. Greenwood kemudiannya dihantar pulang oleh Gareth Southgate kerana insiden itu dan diberikan amaran agar menjaga tingkahlakunya ketika bersama England.

Seterusnya dilaporkan Greenwood juga mulai suka datang lewat ke latihan namun Ole Gunnar Solskjaer seringkali mempertahankan pemain muda itu. Itulah jadinya apabila pemain terlalu dimanjakan. Tak gitu?

Apapun status Greenwood sekarang ini masih tidak bersalah sehingga dia benar benar dibuktikan bersalah. Greenwood pastinya tidak mahu apa yang berlaku menggangu kariernya yang masih panjang.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.