Maxi Lopez Bakal Beli Birmingham Dan Mahukan Diego Costa

Birmingham City bakal membuat perpindahan mengejutkan. Di mana mereka dikatakan akan berusaha membawa masuk bekas bintang EPL Chelsea iaitu Diego Costa.

Kelab tersebut yang dalam proses pertukaran pemilikan. Apabila segalanya selesai mereka akan melakukan perpindahan itu apabila pemilikan itu rasmi kelak.

Pemilik kelab Birmigham yang berasal dari China sudah sedia menjual kelab tersebut kepada pemilik baharu.

Bekas pemain Barcelona, Maxi Lopez antara salah seorang individu yang terlibat dalam konsortium tersebut. Dia bersama dengan Christian Codoma serta peminat tegar Birmingham sejak dari kecil iaitu Paul Richardson.

Mereka sedang mengusahakan proses pemilikan tersebut. Dan berjanji akan melabur dalam perpindahan pemain baharu.

Maxi Lopez, Codoma dan Richardson menegaskan bahawa mereka mahu menggabungkan bakat lama dengan bakat baharu dalam skuad Birmingham.

Dan Maxi Lopez yakin akan dapat memujuk Diego Costa datang menyertai mereka.

Costa boleh memainkan peranannya sebagai pemain berpengalaman dan pada masa yang sama menjadi mentor kepada pemain pemain muda.

YA! Mereka mahu Costa jadi mentor. Korang agak macamanalah hasil didikan Costa nanti kan?

Pemain berusia 33 tahun itu ketika ini masih ejen bebas selepas kontraknya bersama dengan Atletico Mineiro ditamatkan pada Januari.

Costa pernah beraksi dalam Liga Inggeris ketika membantu Chelsea menjuarai EPL. Di mana beliau menjaringkan 58 gol daripada 120 penampilan untuk The Blues sebaik sahaja menyertai mereka dengan nilai £32 juta dari Atletico Madrid pada 2014.

4 musim di Chelsea Costa menjuarai EPL 2 kali dan memenangi Piala Carabao sekali sebelum kembali semula ke Atletico pada 2018.

Costa turut membantu Atletico memenangi La Liga musim sebelum ini sebelum berpindah ke Atletico Mineiro pada Ogos selepas kecewa tidak menjadi pemain utama pasukannya.

Bekas pemain B-20 Argentina, Maxi Lopez pernah bermain untuk River Plate, Barcelona dan AC Milan. Beliau juga berminat untuk terlibat dalam kejurulatihan di St Andrew jika pengambilalihan ini berjaya kelak.

Kiranya dia bos merangkap jurulatih la nanti.

Birmingham menamatkan Liga Kejuaraan dengan berada di tangga ke-20 di bawah kendalian Lee Bowyer dan hamya 10 mata di atas zon penyingkiran.

Jadi, Maxi Lopez dan rakan rakannya bertekad akan cuba membangkitkan semula Birmingham untuk kembali semula ke EPL suatu hari kelak.

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu