Media Indonesia Takjub Dengar Presiden Persebaya Dedah Gaji ‘Mewah’ Pemain Mencecah RM17K Sebulan

Persebaya antara kelab gah di Indonesia. Namun musim ini mereka bergantung pada pemain muda di Piala Menpora 2021 – macam piala belia kita di sini. Salah satu sebabnya dikatakan menjimatkan belanjawan setelah mengalami kerugian hingga berbilion rupiah musim lalu dek kerana pandemik.

Kerugian yang ditanggung oleh kelab tersebut diumumkan secara terbuka oleh Presiden Persebaya, Azrul Ananda, walaupun tidak menyebut angka tepatnya kerana menurutnya ada beberapa kos boleh ditampal semula.

Pengurus Persebaya, Candra Wahyudi, menemui nilai gaji pemain Persebaya yang mencecah ratusan juta rupiah setiap bulan. Perkara ini disampaikan dalam podcast di saluran YouTube MAINBASKET.

“Untuk pemain asing, dalam kisaran Rp 250 juta hingga Rp 300 juta sebulan [ataupun sekitar RM14,308 – R17,170 sebulan]. Pemain di kelab saya seperti itu, saya sendiri melihatnya. Bagi pemain tempatan, saya pernah melihatnya dalam pasukan saya, antara IDR130 juta [RM7,450] hingga IDR 150 juta [RM8590], ”kata Candra.

“Itu bukan bonus, mereka mendapat bersih sebulan. Secara umum, di Indonesia, tidak ada kontrak pemain standard. Itu bergantung pada penampilan kelab masing-masing. Namun, sistem kontrak umum digunakan secara umum, ”tambah beliau lagi.

Menurut pandangan penulis Bola.com, beliau menyifatkan angka itu cukup besar dan lumayan, sambil menyatakan profesion bola sepak memang boleh membuatkan seseorang itu kaya.

Nampaknya, penulis  tersebut pasti terbeliak biji mata kalau tahu gaji RM7.5 k itu di Malaysia biasanya gaji budak budak, untuk yang bermain di Liga Super.

Dan gaji pemain import di sini pernah mencecah RM300k sebulan pun ada. Paling bodo pun dalam RM100k, secara purata. Bagi pemain yang sudah bergelar pemain kebangsaan, ramai antara mereka menerima gaji sekitar RM20-30k. Itu secara kasarnya.

TMJ sebelum ini pernah mendedahkan bagaiman beliau pening mengendalikan kontrak Diaz yang meminta macam macam bonus dan juga kos tanggungan lain termasuk kos rumah, kos penerbangan balik ke kampung.

Berbalik kepada kisah Persebaya, musim ini mereka memansuhkan tangga gaji RM14-17k sebulan itu kerana tiada pemain import.

Ramai bintang mereka yang meninggalkan kelab, kerana kelab tak mampu membayar gaji tinggi termasuk Makan Konate sebelum ini yang mendapat tawaran lebih lumayan di MSL.

Sebelum ini bintang seperti Andik Vermansyah dan Evan Dimas antara yang mendapat liputan meluas di Indonesia kerana gaji mereka tersangat besar dibanding dengan bintang kelas A lain di Indonesia.

Tetapi kita harus memuji Persebaya yang mengambil langkah terbaik menangani masalah gaji terlampau tinggi pada musim wabak. Indonesia tak kurang juga memiliki bakat yang bagus di Asia Tenggara termasuk pemain pemain import mereka yang membuktikan diri mereka di MSL.

Sumber: Bola.com

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di