Menangis Atau Tak Sebab Kena Kad Merah, Ronaldo Tetap Kena Beli iMac

Tahu tak korang, di bawah kendalian Max Allegri, mana mana pemain yang menerima kad merah akan didenda membelikan kesemua pemain lain hadiah barangan.

Dalam bola sepak, pengurus pasukan biasanya akan mendenda pemain yang menerima kad merah, namun ada juga yang tidak.

Tetapi di Eropah ramai yang mendenda pemain mereka. Ada yang memotong gaji dan sebagainya.

Ini kerana, apabila menerima kad merah, anda sebenarnya sudah menyusahkan rakan anda yang lain.

Walaupun ada sesetengah kad merah itu membantu pasukan, tetapi peraturan tetap peraturan.

Lihat kad merah oleh Ole Gunnar Solskjaer ini, yang menyelamatkan Man United:

Kad merah tersebut sebenarnya menyelamatkan kempen United daripada keciciran mata untuk kejuaraan pada 1997/98.

Wojciech Szczesny mendedahkan bahawa, Cristiano Ronaldo pernah terkejut dan pelik keranan diminta membelikan rakannya yang lain iMac selepas dilayangkan kad merah pada 2018, aksi menentang Valencia.

Ketika itu Ronaldo menangis keluar padang kerana tak puas hati dilayangkan kad merah.

Ronaldo yang masih sedih dan sukar untuk menerima kad merah itu dilaporkan sangat sugul selepas tamat perlawanan itu.

Ronaldon dilayangkan kad merah selepas insiden pertembungan dengan Jeison Murillo.

Tetapi beliau kemudian dimaklumkan bahawa beliau perlu membelikan rakannya yang lain iMac.

Ronaldo bertanya: “Kenapa?”

Rupa rupanya beliau baru melanggar satu peraturan khas daripada Max Allegri.

Ronaldo terpaksa membelanjakan sebahagian wangnya untuk membeli iMac kepada 24 lagi rakannya yang lain dalam pasukan utama.

Szczesny berkata: “Kami kami di Juventus semua ada iMac,” katanya ketika bercakap dalam podcast Prosto w Szczene.

Szczesny menegaskan pada awalnya Ronaldo tidak pasti kenapa beliau perlu membeli iMac, sedangkan kad merah itu adalah satu kesilapan — pada pandangan beliau.

Tetapi akhirnya bintang Portugis itu akur dengan peraturan yang ditetapkan.

“Ronaldo mengambil masa yang lama untuk menghadam kad merah yang beliau terima. Dan Ronaldo menyatakan dia tak melakukan apa apa kesalahan pun.”

“Namun selepas beberapa bulan mempertahankan dirinya, akhirnya Ronaldo akur dan kami semua menerima seunit iMac.”

Selain daripada insiden kad merah, Allegri turut mengenakan peraturan yang sama kepada pemain yang lewat tiba ke sesi latihan.

Pemain perlu membelikan hadiah kepada rakan mereka yang lain berupa satu barangan yang ditentukan oleh Allegri.

Szczesny antara yang pernah terkena hukuman dan membelikan kesemua rakannya headphones Beats – Dr. Dre. Mujur diorang tak minta satu lagi iMac kan?

“Saya ingat hari itu adalah Selasa. Rupa-rupanya hari Rabu. Coach Allegri call saya dan berkata semua pemain lain sudah berada di padang latihan.”

“Saya bergegas ke sana dan lewat 30 minit. Dan mereka yang lain berkata: ‘Oh, dapat hadiah la kita hari ni’.”

“Saya terpaksa membelikan mereka headphones .”

Baca yang lain