Mengejutkan! Cobra Kena Seret & Kena Bebel Dengan Nenek Kerana Degil

Satu video yang boleh tahan mindblowing bagi aku la. Di mana di India, seorang nenek tua telah menyeret king cobra yang dia temui.

Nenek itu dikatakan menyeret sambil membebel dekat ular cobra itu di sepanjang jalan dia menyeretnya beberapa puluh meter.

Ular itu dilihat terkial kial dan hanya berserah nasib dirinya kepada nenek itu.

Kita yang melihat risau je ular tu patuk nenek tu. Tapi nenek tu rileks je meneruskan pembebelannya.

Orang di situ yang seram semua tak berani nak berada berdekatan. Selepas tiba dekat dengan semak, nenek itu membaling ular itu ke sana.

Pengguna Twitter Susanta Nanda yang merupakan pegawai dari IFS ( Indian Forest Service) telah memuat naik video dengan kapsyen: “Nek, itu bukan caranya mengendalikan cobra.” Sambil letak emoji terkedu.

Ini kerana biasanya pasukan pakar pun menggunakan peralatan lengkap dan juga sedia dengan penawar. Sepatutnya nenek itu menghubungi organisasi yang bertanggungjawab.

Kenapa nenek tu bebel?

Menurut mereka yang ada di tempat kejadian, nenek tersebut tidak mahu cobra itu dicederakan.

Ini kerana biasanya orang di situ akan memukul cobra sehingga mati dan kemudian membakarnya. Tiada masa untuk mereka menghubungi pihak berwajib.

Harus diakui, ular cobra memang berbahaya dan memang banyak di India. Itu pun salah satu sebab kenapa masyarakat di sana terpaksa bertindak lebih awal.

Nenek tersebut dipercayai sudah menghalau cobra itu, tetapi degil pulak si ular tu. Nenek yang kegeraman telah menarik ekor ular itu dan menyeretnya hampir 100 meter.

Mereka berkata: “Walaupun cara nenek tu agak kasar dan tak bagus, namun ramai yang lebih kejam dengan memukul dan membaling ular ke dalam api. Nenek telah melakukan yang terbaik untuk ular itu.”

Seorang lagi pengguna media sosial berkata: “Nenek tu lebih tahu apa dia buat. Kenapa kamu memperlekehkan cara dia? Hanya kerana dia tak menggunakan cara pegawai hidupan liar ataupun cara daripada pendidikan moden.”

Mereka juga menyatakan di India memang ada segelintir individu yang memiliki kemahiran mengendalikan ular. Misalnya brader bawah ni, siap mandikan ular tedung tanpa rasa takut.

Baca yang lain