Messi Dedah Dia Sayangkan Luis Enrique: “Dia Pengurus Yang Saya Kagumi”

Lionel Messi pernah dituduh tidak menyukai Luis Enrique. Namun pemain itu menyatakan perkara sebaliknya.

Messi malah menyatakan bahawa dia antara orang yang memujuk agar Luis Enrique terus kekal di Barcelona ketika pengurus itu mahu pergi dari kelab itu.

Messi kecewa kerana kelab melepaskan Enrique. Pengurus itu menerima banyak kecaman daripada peminat Barcelona pada tahun tahun akhir di Barcelona.

Dia juga dikatakan telah kehilangan ‘bilik persalinannya’ pada ketika itu dengan beberapa pemain mulai mempersoalkan taktikalnya.

Namun Messi mempertahankan Enrique. Malah pernah ada laporan menyebut bahawa Messi antara pemain yang kecewa ketika kelab menerima perletakan jawatan pengurus itu kerana menganggap ianya langkah yang salah/

Ternyata pandangan Messi adalah benar. selepas era Luis Enrique, Barcelona terus bergelut dengan prestasi termasuk di peringkat domestik dengan pengurus silih berganti.

Enrique kemudian menggalas tugasan di pasukan kebangsaan Sepanyol.

Messi berpendapat, walaupun Barcelona ketika itu berdepan kesukaran untuk mengukuhkan dominasi mereka di Eropah dan Sepanyol, namun secara keseluruhannya dia merasakan bahawa Enrique masih berjaya membentuk pasukan yang baik.

Bercakap kepada wartawan Movistar, Messi berkata: “Saya ada hubungan yang istimewa dengan Luis Enrique. Ketika dia memutuskan untuk pergi, kami cuba memujuknya untuk kekal sehingga ke hari terakhir.”

“Dia adalah pengurus yang saya kagumi.”

“Kerana di bawah pengurusannya, kami masih melakukan tugasan kami dengan baik.”

“Pada Januari 2015, dia pernah meletakkan saya di bangku simpanan dan saya akui ada konflik antara kami masa tu.”

“Namun konflik itu kami dapat selesaikan dan kami berdua ada hubungan yang luar biasa.”

Tindakan Messi menceritakan tentang kekagumannya ke atas Luis Enrique secara terbuka membuatkan ramai peminat merasakan bahawa Enrique memang jurulatih yang bagus.

Walaupun seringkali dilabel sebagai jurulatih yang hanya berjaya kerana menguruskan Barcelona yang sarat dengan bintang.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan