Kisah Messi Kecewakan Peminat Barca Ketika Datang Malaysia, Tak Turun Bermain

Jika peminat Indonesia merasa kecewa tak dapat melihat kelibat Messi di atas padang selepas membeli tiket yang mahal dan juga membayar penginapan. Anda tidak berseorangan, peminat Barcelona di Malaysia pun pernah kecewa dengan perkara yang sama.

Dan mungkin bezanya, kali ini Messi tak datang langsung dan pada 2013, Messi ada la lepak lepak tepi padang sambil duduk sila panggung.

Pada 2013, Lionel Messi pernah dituduh ‘scam’ peminat Barcelona yang hadir ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan kelibat pemain itu beraksi menentang pilihan Malaysia.

Ketika itu venue pertandingan dipindahkan dari Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh Barcelona.

Perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol, Barcelona FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pemindahan venue itu bagi perlawanan pada pukul 8.45 malam ini.

Menurut akaun twitter kelab itu,  perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Bukit Jalil.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan Los Blaugrana memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, sebelum aksi di Malaysia dengan kemenangan 3-1.

Ketika hari perlawanan, Barcelona kemudian mengumumkan bahawa Messi tidak akan turun beraksi kerana masalah kecederaan.

Membuatkan peminat benar benar kecewa dengan berita itu. Kerana sebelum itu Messi dilihat sihat walafiat.

Selepas itu terbongkar sebab sebenar Messi tidak turun bermain. Ianya bukan kerana Messi tak mahu bermain, namun kerana pengurusan Barcelona yang ‘jaga kaki’ pemain itu.

Messi ketika itu hanya duduk di tepi padang dengan memakai selipar sahaja.

Selepas perlawanan itu Messi dikatakan agak terkilan tidak turun beraksi menentang Malaysia. Namun akur dengan arahan atasan kelab.

Semuanya gara gara kondisi padang di Stadium Shah Alam turut tidak memuaskan hati pengurusan Barcelona. Dan ianya dikhuatiri akan membuatkan Messi berdepan risiko kecederaan.

Timbalan Presiden Barcelona pada masa itu – yang kemudian menjadi presiden kelab – Josep Maria Bartomeu kemudian menjelaskan: “Dalam kontrak kita dah nyatakan tentang beberapa perkara yang akan mempengaruhi keputusan kami untuk menurunkan pemain utama termasuk kondisi padang. Jika tidak menepati piawaian yang kami tetapkan, maka kami berhak untuk tidak menurunkan pemain kami atau tidak beraksi.”

Bartomeu ketika itu mengucapkan terima kasih kepada peminat di Malaysia dan mereka yang terlibat melayan karenah Barcelona di Malaysia.

Isu keadaan padang yang teruk sampai Messi pun tak nak datang bermain turut menjadi perhatian TMJ.

 

Pada jelajah Argentina ke Asia, Argentina telah memutuskan untuk memeberikan rehat kepada Messi, Di Maria dan Otamendi.

Ketiadaan Messi pastinya membuatkan peminat Indonesia agak kecewa. Kerana dia adalah faktor utama tiket perlawanan tersebut sold out hanya dalam masa beberapa minit.

Namun sebenarnya, boleh sahaja memujuk hati kerana Argentina masih lagi pasukan bertaraf dunia walaupun tanpa Messi.

Dan mereka hadir dengan status Juara Piala Dunia 2022.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan