MFL: 10 Kelab Lulus Lesen, Sarawak Dan Melaka Sangkut, Boleh Kemuka Rayuan

MFL menerusi siaran media rasmi terbarunya menyenaraikan 10 pasukan yang sudah lulus lesen kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2023 akan datang.

10 pasukan sudah melepasi kriteria, namun masih ada 2 pasukan iaitu Melaka dan Sarawak yang masih gagal.

Berikut kenyataan rasmi MFL:

16 PASUKAN DIBERIKAN LESEN KEBANGSAAN UNTUK BERAKSI DALAM LIGA SUPER 2023 & DUA PASUKAN TIDAK LAYAK

10 pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2022 telah berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan sekali gus melayakkan mereka bertanding dalam saingan Liga Super 2023.

Keputusan ini dibuat menerusi Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 11 dan 12 Oktober 2022.

10 kelab yang diberikan Lesen Kebangsaan adalah:

1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Kedah Darul Aman FC
3. Negeri Sembilan FC
4. Penang FC
5. PJ City FC
6. Sri Pahang FC
7. Selangor FC
8. Terengganu FC
9. Kuala Lumpur City FC
10. Sabah FC.

Bagaimanapun Melaka United FC dan Sarawak United FC gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022.
Sementara itu permohonan enam kelab yang beraksi dalam Liga Premier 2022 diluluskan dan diberikan Lesen Kebangsaan untuk menyertai Liga Super 2023.

Enam kelab terbabit adalah:

1. Kelantan FC
2. Kuching City FC
3. Kelantan United FC
4. Perak FC
5. PDRM FC
6. UiTM FC.

Berkenaan permohonan Melaka United FC, kelab itu gagal mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan F.11.

Manakala Sarawak United FC pula gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes FIFA di mana keputusan telah dibuat oleh DRC FIFA terhadap bekas pemain (Sandro Da Silva Mendonca dan Taylor Francis George Regan).

Bagaimanapun Melaka United FC dan Sarawak United FC diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan sebelum tarikh akhir pada 19 Oktober 2022 terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Sebagai langkah proaktif setiap tahun, MFL mengarahkan setiap pasukan menyerahkan surat pengisytiharan yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang tunggakan/kelewatan pembayaran gaji, KWSP, LHDN, Perkeso dan EIS kepada MFL sebelum 15 Disember 2022, iaitu menjelang musim baharu Liga Super 2023.

Akhir sekali, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif (Pengerusi Pelesenan Kelab MFL FIB) mewakili pihak MFL yang bertanggungjawab dalam pemberian lesen mengucapkan tahniah kepada kelab-kelab yang telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan dan menghargai segala usaha yang dilakukan bagi memastikan permohonan mereka berjaya.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan