MFL: KL City Berdepan Penyingkiran Dari Piala Malaysia Kerana Melanggar SOP

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan insiden penyokong yang menceroboh masuk ke dalam kawasan padang dalam aksi suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam (18 November 2021) telah dikemukakan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, insiden yang berlaku ketika membabitkan perlawanan di antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC itu telah melanggar peraturan MFL berkaitan peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penonton Perlawanan TM Piala Malaysia dan Manual Liga Malaysia 2021.

Jelas lagi Stuart, insiden itu juga menyaksikan pasukan tuan rumah didapati bersalah melanggar peraturan SOP Penonton Perlawanan TM Piala Malaysia dengan dibaca Bahagian 3 (v) SOP di mana penonton atau penyokong telah dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal.

“MFL telah menerima laporan bahawa ada sebahagian penyokong telah melompat pagar dari tempat duduk penonton dan berlari ke arah padang untuk meraikan kemenangan bersama pasukan.

“Sehubungan itu, pasukan tuan rumah telah didapati bersalah kerana melanggar Peraturan SOP Penonton Perlawanan TM Piala Malaysia; Bahagian 3 (v) SOP dan melanggar Manual Liga Malaysia 2021; Artikel 4.7.2,” katanya dalam kenyataan

Dalam perkembangan sama, Stuart mengesahkan bahawa MFL telah meminta pihak Kuala Lumpur City FC yang bertanggungjawab sebagai pasukan tuan rumah mengemukakan surat tunjuk sebab berhubung insiden pencerobohan penyokong masuk ke kawasan padang.

“Pihak MFL telah menerima surat balas daripada Kuala Lumpur City FC pada hari ini di mana Ahli Lembaga Pengarah MFL bersepakat memutuskan Kuala Lumpur City FC dikenakan hukuman perlawanan tanpa penonton untuk perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung pada 22 November 2021 dan Kuala Lumpur City FC telah bersetuju serta mengambil keputusan untuk tidak menjual tiket bagi aksi separuh akhir TM Piala Malaysia 2021,” katanya.

Beberapa jam selepas kenyataan rasmi MFL itu, Stadium Astro melaporkan bahawa KL City boleh berdepan dengan tindakan berat sehingga disingkirkan daripada Piala Malaysia.

Ianya kerana pasukan KL City kini berisiko terkena pandemik selepas pemain pemain mereka bersentuhan dengan penyokong. Ianya secara langsung, adalah satu pencemaran kepada gelembung sukan yang diwujudkan.

Sumber yang sama menyatakan, KL City boleh disingkirkan jika kesemua pemain mereka diarahkan menjalani kuarantin wajib. Hal ini kerana MFL masih lagi tertakluk kepada SOP penjarakan sosial yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Negeri Sembilan sebelum ini menarik diri daripada Piala Malaysia selepas satu pasukan mereka dikuarantin.

Seterusnya, jika KL City gagal menyediakan pasukan yang cukup hadir pada hari perlawanan, mereka akan dikira kalah 3-0.

Stuart Ramalingam berkata, segalanya terpulang kepada Lembaga Pengarah MFL untuk menentukan nasib KL City selepas ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di