Mike Ashley Selamba Buka Kedai Ketika Lockdown, Ini Alasan Dia Bagi

Penyokong Newcastle United memang kenal sangat dengan sikap mata duitan dan kedekut pemilik kelab mereka Mike Ashley.

Namun mereka tak menyangka sampai ke tahap membuka kedai Sport Direct miliknya ketika perintah Lockdown dikuatkuasakan di UK.

Semalam, Perdana Menteri Boris Johnson sudah menyatakan bahawa, kesemua kedai bukan menjual barang keperluan / runcit – harus ditutup.

Ini kerana situasi koronavirus di UK pada ketika ini semakin merisaukan.

Mike Ashley spin alasan dia buka kedai

Paling tak boleh blah, satu lagi premis milik Mike Ashley iaitu Evan Cycles turut dibuka. Korang tahu apa alasan dia nak buka?

Sebab menurut Mike Ashley ia termasuk dalam kedai menawarkan keperluan. Evan Cycles adalah tempat orang bersenam untuk membantu rakyat UK kekal sihat.

Di tengah wabak koronvirus, ketua akauntan Evan Cycles, Chris Wootton mengesahkan mereka akan terus dibuka kerana menawarkan produk yang membolehkan orang UK bersenam di rumah dengan menawarkan pemasangan segera.

Wotton berkata: “Gym kami mendapat permintaan yang tinggi. Dan produk kami akan membantu orang UK kekal sihat.”

“Kesannya, kami akan dapat membantu UK terus kekal sihat, sesihat yang mungkin ketika krisis koronavirus. Oleh itu
kedai kami Sports Direct dan Evans Cycles akan terus dibuka, namun operasi kami akan mengikuti garis panduan social distancing oleh kerajaan.”

Sila tangkap Mike Ashley

Sikap mementingkan diri Mike Ashley ini mengundang amarah ramai pihak. Dan penyokong Newcastle melancarkan kempen #AshleyOut walaupun bola sepak bercuti.

Jeff Stelling, salah seorang pundit terkemuka telah meminta agar pihak polis menangkap Mike Ashley yang membuka kedainya ketika Lockdown.

UK turut mendapat kritikan daripada rakyatnya kerana lambat bertindak ke atas koronavirus.

Mereka tidak menguatkuasakan social distancing secara tegas. Akhirnya terpaksa lockdown terus kerana panik dengan jumlah kes covid-19 yang semakin banyak.

Beberapa akhbar di UK menyatakan bahawa negara sedang dalam darurat kesihatan.

Boris Johnson menyatakan bahawa lockdown akan diserahkan kepada pihak polis untuk berkawal dan menguatkuasakan peraturan social distancing.

Kerisauan dunia

Covid-19 merupakan  virus yang bermula di Wuhan China. Dan ianya tersebar dengan meluas ke seluruh dunia, dalam tempoh yang sangat cepat.

Di seluruh dunia, penyakit COVID-19 telah mengorbankan lebih 15,000 nyawa. Berdasarkan worldmeter, ketika ini lebih 383,000 kes koronavirus dilaporkan di seluruh dunia.

Oleh itu banyak pihak berkuasa kerajaan negara telah memberi amaran untuk orang ramai agar mengamalkan pengasingan diri untuk mengekang penularan dan penyebaran.

Di beberapa buah negara yang terjejas teruk, mereka mengenakan perintah lockdown. Misalnya di Itali, mereka sangat ketat dengan perintah lockdown pada ketika ini.

Untuk negara seperti Malaysia pula, masih mengamalkan partially lockdown di mana hanya mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyatnya.

Semoga Mike Ashley kembali semula ke jalan yang benar.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di