Mingueza Anggap Xavi Penyelamat Dan Kutuk Koeman

Pemain pertahanan Barcelona berusia 22 tahun, ​​Oscar Mingueza, mengkritik bilik persalinan di bawah kendalian Ronald Koeman secara terbuka.

Mingueza kemudian memuji situasi yang dikendalikan oleh Xavi Hernandez berbanding dengan Koeman.

Mingueza mendapat slot kesebelasan utama yang pertama dalam kariernya ketika era Koeman.

Namun pemain itu tidak mahu menyembunyikan apa yang dia rasakan tentang pengurus itu yang menurutnya sudah gagal.

Ini kerana menurut Mingueza, ramai pemain tidak berpuas hati dengan Koeman ketika pengendali itu menguruskan pasukan di Nou Camp.

Menurut Mingueza, perkara inilah yang menjadikan prestasi Barcelona menjadi teruk dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Mingueza berkata: “Bilik persalinan memerlukan perubahan. Kami tidak menikmati suasana bilik persalinan seperti yang kami inginkan.”

“Ramai pemain yang tidak gembira dengan Koeman.”

“Kami mulai berhenti untuk mempercayai ideanya.”

“Oleh itu, apabila kamu sedang tenat dan segalanya tidak berjalan lancar, kamu perlukan perubahan.”

“Setiap orang cuba memperbaiki diri sendir. Kami tidak cukup bagus secara individu atau berpasukan. Apabila tidak dinamik, semua orang melakukan apa yang mereka termampu namun kami juga tidak yakin dengan apa yang kami lakukan.”

Oscar Mingueza seterusnya menganggap Xavi Hernandez ibarat penyelamat yang datang pada waktu yang tepat.

Menurut Mingueza lagi, kehadiran Xavi memberikan aura positif kepada para pemain.

“Saya pasti dengan Xavi kami akan melakukan yang terbaik. Ramai orang percaya apa yang dia katakan dan ini sangat penting.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di