Misi Ini Menangis: ’48 Jam Kerja, Balik Nak Beli Sayur, Tapi Semua Habis’

Sikap terlalu panik nak tambahkan stok sampai tak ingat dunia ni sebenarnya harus dihentikan.

Ianya berlaku di mana mana sahaja di dunia. Namun sebenarnya, tak perlu pun panik sampai beli 10 troli kerana orang lain  turut memerlukan bekalan makanan.

Lagipun macam di negara kita, bukannya total lockdown. Maka berpada-padalah kan.

Jururawat menangis sebab pembelian panik

Terdapat satu kisah di UK di mana seorang jururawat hanya mampu menangis kerana pergi ke beberapa pasaraya di mana barangan keperluan yang beliau mahukan semuanya tak ada.

Jururawat tersebut baru tamat kerja lebih masa selama 48 jam. Balik bertugas, beliau terus ke pasaraya.

Di UK hanyalah dikenakan perintah untuk social distancing macam kita di Malaysia.

Namun ramai yang panik dan mementingkan diri sendiri. Jururawat tersebut mahu membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan beberapa keperluan lain.

Namu jururawar berusia 51 tahun itu hampa.

Menerusi di FB beliau, dia berkata: “Saya baru sahaja keluar daripaa supermarket. Tiada buah, tiada sayur. Saya menangis sedikit di dalam sana tadi.”

“Saya adalah jururawat yang menjaga kes kritikal. Saya baru tamat tugas selepas 48 jam bekerja. Saya nak balik ke rumah dengan membawa beberapa barangan keperluan untuk keluarga saya, buat bekalan 48 jam lagi.”

“Dengan tiada sayur dan tiada buah buahan, saya tak tahu sekarang ni apa nak buat. Macamana saya nak terus sihat?”

“Orang macam saya ini adalah orang yang akan menjaga kamu ketika kamu dalam keadaan memerlukan. Jadi, hentikan semua ini.”

Sejak dimuatnaik pada 19 Mac, video itu telah mendapat perkongsian lebih 400,000 kali.

Dan muncul dalam ITV pada pagi 20 Mac.

Disebabkan video itu juga beberapa pihak mulai sedar akan kepentingan untuk kekal bertenang dan saling mengambil kira tentang orang lain.

UK kini cuba mengawal isu stockpiling yang melampau ini dengan menghadkan pembelian barangan seperti pasta, kertas tandas, dan beberapa barangan panas lain.

Di mana setiap orang dibenarkan membeli pada kadar maksimum pada amaun yang sedikit.

Beberapa supermarket di UK juga sudah meletakkan seksyen khas untuk warga emas.

Pada masa masa begini, janganlah kita semua hilang akal yang waras. Kita berkurung di rumah untuk mengelakkan penularan wabak. Bukannya tak boleh keluar langsung.

Misalnya di Malaysia, kerajaan sudah mengenakan prosder Perintah Kawalan Pergerakan di mana pasaraya masih dibuka. Begitu juga dengan kedai makan.

Cuma tidak dibenarkan keluar beramai – ramai dan melepak di luar. Lepas beli barang tu baliklah kan.

Terbaru, hanya seorang wakil ataupun ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan.

Semoga kita semua akan bersatu dan saling bekerjasama dalam menentang wabak koronavirus ini.

Terus ikut garis panduan dan arahan pihak berkuasa.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di