MotoGP: Vinales Menang Kerana Segera Sesuaikan Diri Dengan Tayar Baharu

Pelumba Mosnter Energy Yamaha, Maverick Vinales, telah memulakan musim 2021 dengan cemerlang. Dia memenangi MotoGP Qatar di litar Losail

Aksi Vinales mendapat pujian daripada ramai pihak. Vinales bermula dari petak ketiga, dan mengalami kesukaran di pusingan pertama, membuatkan beliau turun di belakang dua pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia dan Jack Miller, dan Johan Zarco dan Jorge Martin dari Pramac Ducati.

Namun, Vinales terus memperbaiki kedudukannya sehingga dia berada di belakang Bagnaia di pertengahan perlumbaan. Vinales juga berjaya memintas Bagnaia dalam pertempuran untuk mendapat tempat pertama.

Sejak menduduki tempat pertama, Vinales segera menjarakkan diri jauh dari pelumba lain. Zarco dan Bagnaia terus cuba memintasnya.

Pengulas MotoGP terkenal, Carlo Pernat menganggap aksi Vinales sebagai kemas dan berjaya menyesuaikan diri dengan baik sekali dengan tayar baharu Michelin berbanding pelumba lain.

“Vinales sangat bagus, dia mengejutkan kita semua. Dia tidak boleh cuai dalam memakai tayar belakang semasa separuh perlumbaan dan dia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengendalikan tayar dengan motosikalnya,” kata Carlo.

Tumpuan Vinales seterusnya adalah aksi di Doha pada 5 April ini dalam usahanya mahu memecut awal musim ini dalam carta perlumbaan.

Namun aksi menarik adalah ketika Joan Mir dipintas di saat saat akhir dari kedudukan kedua dan hilang podium sekelip mata.

Segalanya kerana kesilapan percaturan Mir yang dipintas oleh dua motosikal Ducati yang dianggap memiliki kuasa yang menggerunkan.

Sementara itu aksi pelumba veteran, Valentino Rossi bersama SRT berakhir dengan kedudukan di tangga ke-12 dalam perlumbaan pertama.

Sementara itu rakannya, Franco Morbidelli berada di tangga ke-21. Berikut adalah keputusan penuh MotoGP Qatar.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di