Mourinho Dedah Sikapnya Sebagai Pemain: “Saya Kuat Meroyan, Menjengkelkan – Kelab Rela Lepas Free Je”

Jose Mourinho telah mendedahkan sikap sebenar beliau ketika masih bergelar pemain. Mesti ramai yang ingin bertanya tentang kenapa Jose Mourinho kurang berjaya sebagai pemain.

Jose Mourinho menyatakan bahawa beliau tidak berjaya sebagai pemain kerana sikapnya dahulu yang pemalas.

Selain itu beliau juga seorang yang suka membuatkan orang lain terasa rimas ataupun seorang yang menjengkelkan.

Lantas Jose Mourinho berpendapat sekiranya beliau bermain pada era bola sepak moden pada hari ini, kelab yang beliau wakili pasti akan cuba sedaya upaya mengeluarkannya daripada pasukan secara percuma.

Bos AS Roma itu bersetuju dengan komen daripada bekas rakannya ketika bermain di Rio Ave iaitu Baltemar Brito. Mereka berdua bermain bersama di kelab tersebut dari 1980 sehingga 1982.

Wartawan pastinya mahukan respon yang panas daripada Jose Mourinho berkenaan dengan komen Brito itu.

Namun mereka ternyata silap kerana Jose Mourinho mendedahkan bahawa itulah hakikatnya.

Brito pernah menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Jose Mourinho ketika di Uniao de Leiria, Porto dan Chelsea.

Mourinho: Ya saya malas dan menjengkelkan

Mourinho berkongsi dengan wartawan di dalam sebuah wawancara dengan mendedahkan sikap Jose Mourinho yang pemalas dan kuat merungut membuatkan orang di sekelilingnya rimas.

Mourinho berkata: “Saya sebagai pemain? Ya tepat?”

Jose Mourinho merujuk kepada komen Brito yang melabel dia pemain yang menjengkelkan.

Wartawan yang tergelak kemudian bertanya apakah yang akan Jose Mourinho lakukan ke atas pemain yang bernama Jose Mourinho yang malas dan kuat merungut itu.

“Saya tidak akan turunkan dia bermain. Dia tidak akan sesekali bermain dalam mana-mana perlawanan. Itu keputusan yang mudah.”

“Kemudian saya akan menawarkan dia kepada mana mana kelab yang mahu mengambilnya. Ambillah ambillah, ambil dia secara Free.”

Brito dalam komen tersebut juga menyatakan bahawa Jose Mourinho merupakan seorang pemain yang sangat bagus tetapi perangainya telah menghalangnya untuk menjadi pemain terbaik.

“Jose Mourinho merupakan pemain attacking midfielder yang beraksi di belakang penyerang. Kebiasaannya dahulu pasukan kami bermain dengan target man.”

“Beliau ada kemampuan yang sangat luar biasa, namun sayang, perangainya menghalangnya untuk menjadi pemain terbaik.”

“Lagipun beliau merasakan dia masuk ke dalam pasukan dengan mudah kerana dia memang ada asas bola sepak yang bagus. Ayahnya seorang jurulatih. Manakala ibunya seorang guru.”

“Pada masa itu beliau menganggap bola sepak ini hanyalah satu hobi.”

“Walaupun beliau menikmati hari perlawanan dan seronok bola sepak, namun beliau agak malas. Beliau tidak mahu bekerja keras dalam latihan fizikal. Ini dia tak nak buat itu pun dia tak.”

“Jose Mourinho juga seorang yang tidak suka berlari lebih di dalam padang.”

“Dia mahukan hidupnya mudah. Dia tak sanggup pergi berperang untuk itu. Kemungkinan besar inilah yang menjadi faktor penghalang kejayaannya sebagai pemain bola sepak.”

“Beliau tidak kisah dengan persaingan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama. Apabila dia meminta bola dan tidak mendapatnya dia akan merajuk dan meroyan.”

Brito kemudian merasakan Jose Mourinho tahu bahawa tempatnya bukan sebagai pemain profesional tetapi dia lebih sesuai menjadi seorang jurulatih.

Jose Mourinho kemudian mengambil kursus kejurulatihan elit pada usia yang sangat muda. Dan kini menjadi antara jurulatih terbaik dalam sejarah bolasepak di Eropah.

Dia menjadi pengurus pertama memenangi kesemua pertandingan Eropah di peringkat kelab termasuk, UCL, UEL dan UECL.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di