Mourinho Mahu Bimbing Portugal, Pada Masa Sama Enggan ‘Ceraikan’ Roma

Fabrizio Romano telah tampil melaporkan spekulasi yang berlegar berkaitan dengan bekas pengurus Manchester United dan Chelsea, Jose Mourinho.

Pengurus Roma itu kini menjadi calon yang kuat untuk menggantikan Fernando Santos sebagai pengurus pasukan kebangsaan Portugal selepas prestasi mengecewakan mereka di Piala Dunia, yang menyaksikan mereka mengalami kekalahan mengejut pada suku akhir menentang Maghribi.

Penyingkiran itu membawa kepada pemecatan Fernando Santos;

Mourinho mempunyai kerjaya yang hebat di peringkat pengurusan tertinggi, dan Farbzio Romano menyatakan bahawa, ianya sudah menjadi salah satu cita-citanya untuk melatih Portugal pada satu hari nanti.

Malah FA Portugal sudah lama membuka pintu untuk Jose Mourinho. Halangan utama sebelum ini adalah, Mourinho mahu aktif dengan bola sepak di pusat latihan setiap minggu.

Dia pernah menyatakan, salah satu sebab dia berfikir 2, 3 kali nak mengendalikan skuad kebangsaan adalah, bola sepak antarabangsa membuatkan pengurus hanya sibuk beberapa bulan sekali.

Kini satu perbincangan sudah dibuat antara Mourinho dengan FA Portugal dan AS Roma. Mourinho kali ini benear benar serius berminat dengan jawatan di Portugal.

Paling menarik, idea agar Mourinho mengendalikan Portugal dan AS Roma dalam satu masa yang sama turut dibincangkan. Mourinho masih keberatan melepaskan jawatannya di Roma.

Namun begitu, Fabrizio Romano menyatakan bahawa AS Roma mungkin tidak setuju dengan idea tersebut. Kerana mereka mahukan pengurus yang benar benar komited sepenuhnya untuk kelab mereka.

“Saya mengetahui beberapa laporan mengejut tentang Jose Mourinho mengambil tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan Portugal, dan mungkin melakukan tugas itu sekali pada masa yang sama dengan peranannya sekarang di Roma,” kata Fabrizio Romano.

“Saya telah menelitinya dan ia digambarkan sebagai agak tidak mungkin oleh sumber yang rapat dengan Roma dan Mourinho, terdapat juga pilihan lain.”

“Saya fikir suatu hari nanti Mourinho akan menjadi jurulatih Portugal, dia berhak mendapatnya dan saya pasti ia adalah impian untuk jurulatih terkemuka sepertinya untuk mengendalikan negaranya – tetapi saya tidak pasti ia akan berlaku sekarang.”

Santos memenangi Euro 2016 bersama Portugal beberapa tahun lalu, tetapi prestasi terkini dalam kejohanan utama mengecewakan dan mungkin sudah tiba masanya untuk Portugal membuat rombakan.

Jose Mourinho pernah menyatakan bahawa dia gembira di AS Roma dan mahu membalas sokongan peminat yang luar biasa ke atas pasukannya dengan piala.

Sebelum ini Mourinho sudah menhadiahkan trofi Liga Persidangan Eropah kepada pasukan di Bandar Rom itu.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu