Mourinho Menganjing Wartawan: “Biar Betul Team Parking Bas Skor 100 Gol”

Jose Mourinho sempat memberikan sesi sidan media klasik Mourinho sendiri. Bermain dengan statistik dan menembah wartawan. Sebelum ini Mourinho bengang dituduh pasukannya bermain defensif ataupun park the bus, membuatkan Spurs bosan ditonton.

Sebelum ini, pada tahun Mourinho menyenaraikan nama nama penyerang yang cemerlang dengan menjaringkan gol yang banyak ketika bermain dalam taktikal beliau. Mourinho membidas kritikan Paul Merson dengan menyatakan Kane tiada masalah pun nak skor dalam pasukan beliau. Dan Mourinho berkata: “Rekod gol Kane ketika bersama saya sudah mudah untuk kamu hadam. Kamu semak data kamu tu, tengok berapa banyak perlawanan Harry bermain untuk saya sebelum dia cedera dan berapa banyak gol dia jaringkan.”

“Saya boleh katakan, saya ada beberapa penyerang yang bermain untuk saya dan mereka boleh tahan. Saya pernah ada sorang mamat ni nama dia Drogba. Bermain 4 musim dengan saya, skor 186 gol dan menjaringkan purata 46 gol semusim.”

(Nota editor: Angka sebenar adalah 73 gol daripada 187 perlawanan”)

“Saya juga ada seorang lagi budak ni, pun boleh tahan, dia sekarang bermain untuk Juventus (merujuk kepada CR7). Dia bermain 3 musim dengan saya, skor 168 gol dengan purata 56 gol semusim.”

“Ada lagi seorang ni, boleh tahan juga, dipanggil Karim Benzema. Dia bermai untuk saya 3 musim, dia tak selalu memulakan perlawanan kerana masa tu dia masih muda. Namun dia menjaringkan 78 gol untuk saya dalam 3 musim, purata 26 gol semusim.”

“Ada seorang lagi bernama Diego Milit. Bermain semusim untuk saya dan menjaringkan 30 gol. Menang 3 piala dan sudah tentu puratanya 30 gol semusim.”

“Saya ada seorang lagi pemain yang bermain untuk saya satu setengah musuim. Saya cakan satu setengah musim kerana, separuh musim lagi dia cedera. Seorang yang tinggi lampai bernama Zlatan. Dia bermain semusim setengh dan menjaringkan 57 gol, purata 29 gol semusim.”

“Jadi, ke hadapan Paul, saya sangat menghormati kamu. Namun saya rasa Kane tiada masalah nak skor gol dalam pasukan saya. Terutama sekali apabila dia cergas, segar, dan bermain lebih kerap.”

Dan semalam Mourinho sekali lagi menyindir pihak yang kerap mempertikaikan taktikalnya. Selepas kemenangan 4-1 ke atas Palace, Mourinho berkata: “Saya diberitahu pasukan kami sudah menjaringkan 100 gol musim ini, dan 100 gol untuk pasukan yang bermain bertahan (parking bas), bukanlah sesuatu yang negatif sangat, boleh tahan bukan?”

Spurs semalam mencatat gol keseratus mereka dalam semua pertandingan musim ini menerusi gol kedua Harry Kane.

Dan hanya ada dua pasukan sahaja yang menjaringkan 100 gol dan ke atas pada musim ini dalam semua pertandingan iaitu Bayern Munich dan Spurs.

Ditanya tentang aspirasi kedudukan 4 teratas, Jose Mourinho berkata:”Saya tidak dapat mengawal pasukan lain dan keputusan perlawanan mereka. Kita hanya perlu mendapatkan mata sebanyak mungkin. Bermain dengan sebaik mungkin, menjaringkan gol sebanyak mungkin dan cuba mengelak bolos sebaik mungkin.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan