Mourinho: “Roma Bukan Kelab Yang Boleh Beli Mudryk €100 Juta

Jose Mourinho secara terbuka menyatakan bahawa pasukannya kurang bagus selepas mereka menang berdepan 10 pemain Fiorentina.

Mourinho menyatakan, Roma bukanlah kelab yang mampu membeli pemain seperti Mudryk dengan nilai €100 juta seperti Chelsea.

“Kita tak akan beli Mudryk €100 juta,” kata Mourinho merujuk kepada kelab lamanya, Chelsea yang memiliki kuasa wang yang sangat luar biasa.

AS Roma berjaya memenangi aksi di Fiorentina selepas mengambil kesempatan di atas kekurangan seorang pemain oleh pasukan lawan.

Di mana pertahanan Fiorentina, Dodo dibuang padang hanya selepas 25 minit aksi.

Gandingan Dybala dan Abraham menghasilkan ancaman gol buat Roma dengan kedua dua gol dijaringkan oleh Dybala.

“Saya kekal tenang di tepi padang sebab ‘takut’ dengan pengadil Rossi.”

“Saya tahu saya banyak kali terlibat dalam insiden mencarut tepi padang, saya bukannya orang suci, saya tak suka diarahkan keluar dari tempat duduk saya.”

“Fiorentina pasukan yang sangat baik, sangat teratur, mereka menyukarkan kami musim lepas walaupun dengan 10 pemain.”

“Kami bertahan dengan baik dengan karakter sebenar kami. Sentiasa mengawal perlawanan dan tidak berdepan dengan situasi yang benar benar sukar.”

“Namun saya menuntut lebih banyak kualiti daripada pasukan ini, mahu melihat lebih ramai pemain yang mahukan bola.”

“Dari segi taktikal, motivasi dan berdepan dengan pasukan lawan, saya tidak ada masalah dengan pemain pemain saya, mereka melakukannya dengan sangat baik.”

“Namun saya mahukan lebih keyakinan ketika dengan bola.”

Wartawan kemudian bertanya, adakah itu isyarta Mourinho mahukan pemain pemain baharu pada Januari?

Dia menjawab: “Saya tidaklah menjangka mana mana pemain akan datang. Pengarah kelab Tiago Pinto seorang yang sangat jujur dan berterus terang. Dia menyatakan perkara yang ramai coach tak suka dengar dalam temuramahnya.”

“Coach biasanya mahu mendengar pengarah bercakap kita ada banyak wang untuk dibelanjakan, boleh membeli opyen a,b,c,d dan membentuk pasukan luar biasa. Itu adalah impian semua coach.”

“Saya pernah bekerja dalam kelab yang ada dana tidak terhad. Ada banyak kelab seperti itu hari ini, namun bukan kami.”

“Kami bekerja, memberikan yang terbaik dan bekerja dengan karakter yang kami ada.”

“Selepas rehat, kami ada 3 perlawanan menentang Bologna, Genoa dan Fiorentina, dan kami tak bolos, itu memberikan kami peluang untuk menang kerana kami tak menjaringkan banyak gol.”

Mourinho lega kerana pemain yang sebelum ini menjadi pilihan keempat untuk posisi bek tengah, Marash Kumbulla memberikan reaksi luar biasa ketika diminta menggantikan Roger Ibanez yang digantung.

“Dalam usaha memperbaiki kualiti pasukan, kita perlukan anak anak muda yang berkembang. Tahirovic ada kualiti ini, Kita perlukan pertahanan yang mampu menghantar bola dengan baik dan Kumbulla rasanya salah seorang yang menunjukkan aksi terbaik. Namun kami masih perlukan Ibanez kerana kepantasan dan kekentalannya.”

“Kita harus mencari penyelesaian kepada masalah kita, kerana kita bukanlah kelab yang mampu membeli Mudryk untuk €100 juta!”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di