Mourinho: “Tak Susah Pun Uruskan Chelsea, Saya Dapat 3 EPL Di Sana”

Jose Mourinho memberikan amaran kepada Tuchel dan pada masa yang sama seolah olah menyindir Frank Lampard.

Ianya seolah olah perang saraf dilancarkan Mourinho menjelang aksi Spurs dan Chelsea.

Menurut Mourinho, sebenarnya tak susah pun nak menguruskan Chelsea kerana beliau dan beberapa pengurus lain berjaya memenangi liga di sana.

Mourinho memenangi 3 EPL ketika bersama dengan Chelsea satu ketika dahulu. Mendapat manfaat daripada pelaburan besar besara Roman Abramovich yang kaya raya.

Chelsea memecahkan dominasi Arsenal dan Man United pada ketika itu. Seterusnya Mourinho turut mengingatkan Tuchel bahawa selain daripada Mourinho yang ada 3 EPL, pengurus lain seperti Antonio Conte dan Carlo Ancelotti juga memiliki 1 EPL masing masing bersama dengan Chelsea.

Oleh kerana tugasan menjadi pengurus di Chelsea dianggap mudah oleh Mourinho maka, sebarang krisis prestasi akan mendedahkan Tuchel kepada bahaya dipecat.

Frank Lampard dipecat kerana gagal meletakkan pasukannya dalam kelompok pasukan teratas selepas separuh musim. Itu antara contoh di mana di Chelsea anda tidak akan dapat memberikan alasan.

Lampard berbelanja lebih £200 juta pada musim panas. Pemilik pasukan memberikan pelaburan untuk membeli sesiapa sahaja bagi membolehkan pengurus memberikan kejayaan.

Lantas wartawan bertanya sama ada menjadi pengurus Chelsea adalah satu tugasan yang paling sukar?

Mourinho menjawab: “Saya tak rasa ianya susah sangat nak menguruskan Chelsea. Saya juara 3 kali, Carlo pernah juara, Antonio Conte pun pernah juara.”

“Tidak boleh nak kata ianya sangat sukar kerana kami semua memenangi kejuaraan liga di sana. Saya percaya Chelsea memiliki ramai pemain handalan dan skuad yang hebat.”

“Oleh itu pengurus yang baik akan gembira untuk bekerjasama dengan pemain pemain ini dan memberikan kamu peluang untuk berjaya dalam kejuaraan liga.”

“Kemudian saya memahami soalan kamu, dan tentu saja seorang jurulatih memerlukan masa dan memerlukan kestabilan. Ianya merupakan perkara yang sangat baik untuk merasai kestabilan.”

“Saya tidak mengatakan kestabilan membantu anda tidur, saya mengatakan bahawa kestabilan memberi anda cara berfikir yang berbeza dan anda tidak hanya memikirkan hari ini, anda juga memikirkan hari esok, anda juga memikirkan masa depan. Begitulah keadaannya.”

“Ini adalah kelab Mr Abramovich dan anda harus memahami bahawa terserah kepadanya untuk membuat keputusan apa sahaja dia suka. Thomas Tuchel telah membuat permulaan yang positif sejak berada di Chelsea, dengan mengumpulkan empat mata dari dua perlawanan.”

“Dalam kes saya, saya berada di sana dalam dua tempoh yang berbeza dan saya menjadi juara dalam dua tempoh yang berbeza dan saya sangat gembira pernah ada di sana sebelum ini dan mempunyai peluang itu.”

“Tuchel telah mencipta keputusan yang kuat, jika pun ia tidak spektakular, untuk memulakan eranya dengan mengumpul empat mata dari dua perlawanan sebagai tuan rumah menentang Burnley dan Wolves.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.