Mourinho Tibai Sarri: “Itulah Bezanya Pengurus Ada 26 Trofi Dengan Jarang Menang”

Jose Mourinho telah membidas jurulatih Lazio, Maurizio Sarri dalam kenyataan media ‘Mourinho sebenar’ beliau.

AS Roma dalam persipan berdepan dengan Slavia Prague dalam aksi UEL yang keempat bagi kumpulan G.

Sarri menganggap aksi antara AS Roma dan Slavia Prague akan menjadi aksi persahabatan semata mata. Memandangkan kedua dua pasukan berada di kedudukan teratas kumpulan G dengan Roma dilihat pasti akan mara dan Slavia Prague memerlukan 1 mata untuk mara.

Jika seri kedua dua pasukan akan mara berdasarkan matematiknya, sangat sukar dua lagi pasukan bawahan mengejar mereka.

Sarri merasakan AS Roma tidak akan beraksi pada intensiti yang tinggi dan akan merehatkan pemain utama mereka bagi persiapan menentang Lazio pada aksi Isnin akan datang.

Maurizio Sarri menegaskan, berbeza dengan Roma yang akan beraksi aksi persahabatan, Lazio pula akan beraksi ibarat turun berperang ketika menentang Feyenoord.

Mourinho membidas Sarri dengan nada sinis sambil mengingatkan: “Itulah bezanya pengurus yang menang 26 trofi dengan seorang yang jarang sekali dapat merasa menjulang trofi.”

Mourinho menegaskan bahawa dia sentiasa menganggap perlawanan terpenting dalam bola sepak adalah perlawanan seterusnya. Dalam kes ini, aksi menentang Slavia adalah terpenting buat masa ini. Barulah mereka akan memikirkan tentang Lazio.

“Bagi saya, aksi terpenting dalam hidup adana perlawanan yang seterusnya, sentiasa! Sejak saya mulai menjadi jurulatih profesional, ianya sentiasa begitu.”

AS Roma sebelum ini menewaskan Slavia Prague di markas mereka dalam aksi pertama kedua dua pasukan.

“Kami menjaringkan gol pertama pada awal perlawanan, jadi perlawanan berkembang berdasarkan apa yang berlaku pada awal itu. Kami menjaringkan gol kedua selepas 20 minit dan memastikan kami mengawal permainan.”

“Slvaia Prague adalah pasukan yang kuat, mereka ada organisasi taktikal yang bagus, dengan adanya kualiti di serangan dan pertahanan. Mereka ada jurulatih yang hebat dan stadium yang cantik.”

“Kami semakin hampir untuk mara. Mereka mengutamakan aspek posisi berbanding Servette dan Sheriff. Dan saya menjangkakan ini akan menjadi perlawanan yang hebat.”

Dia menambah: “Jika ada orang yang harus terasa hati dengan kenyataan Sarri itu, ianya adalah Slavia Prague bukannya saya.”

“Dia bercakap seolah olah Slavia ini tiada kualiti. Saya pula sentiasa menghormati lawan saya. Mungkin itulah bezanya antara pengurus yang memenangi 26 trofi dengan seorang lagi pengurus yang jarang sekali memenangi apa apa. Dengan mentaliti seperti itu.”

“Setiap perlawanan harus diambil serius dan tiada istilah persahabatan. Saya mahu dengar apa pula kata Lega Serie A di atas komen itu yang jelas objektif dan kritikan langsung kepada kami. Saya akan tunggu.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan