Muller Tak Dapat Tahan Gelak Dengar Gnabry Iktiraf Dembele Lagi Bagus Dari Mbappe

Di kala seluruh dunia bercakap tentang kehebatan Kylian Mbappe, nama Ousmane Dembele pula sebenarnya kian dilupakan.

Sejak dia meninggalkan Borussia Dortmund dan menyertai Barcelona, kisah Dembele hanyalah kisah kecederaan dan bergelut dengan prestasi.

Namun tiba tiba bintang Bayern Munich, Serge Gnabry memetik nama Dembele sebagai bintang masa depan sebenar Perancis bukannya Kylian Mbappe.

Tanpa dipengaruhi ketum, Gnabry menyatakan bahawa dia mulai bertekad berkata begitu selepas melihat aksi Dembele di pusat latihan.

Lalu dia membandingkan Mbappe dan Dembele. Di mata Gnabry, Mbappe seorang pemain yang hebat namun tidaklah sehebat Dembele.

Dalam satu sesi perbincangan di dalam dokumentari khas Bayern, Gnabry memberitahu Muller: “Dembele jauh lebih baik daripada Mbappe.”

Kenyataan Gnabry itu benar benar membuatkan Muller rasa rakan sepasukannya itu sedang bergurau atau dalam pengaruh barang terlarang.

Menurut Muller, kalau Dembele lebih baik daripada Mbappe, maka Muller sendiri yakin bahawa dia pun lagi bagus dari Mbappe.

Muller berkata dalam nada kehairanan: “Apa yang awak maksudkan lebih baik? Jika saya boleh menggelecek seperti Dembele, saya juga akan menjadi lebih baik daripada Mbappe? Macam tu ke,” kata pemain veteran Bayern Munich itu.

Seterusnya Joshua Kimmich memandang ke arah Gnabry dan Coman sambil berkata: “Aku lagi rela memilih korang berdua dalam pasukan aku berbanding Dembele.”

Kenyataan Serge Gnabry itu memang benar benar mengejutkan planet ketiga dalam sistem solar. Setakat ini jelas Kylian Mbappe lebih cemerlang berbanding Ousmane Dembele di semua peringkat.

Pada usianya yang sangat muda Mbappe menjadi pemain utama membantu pasukan menjuarai Piala Dunia, sedangkan Dembele cumalah pemain simpanan pilihan ketiga atau keempat.

Seterusnya di peringkat kelab, Mbappe memiliki statistik lebih cemerlang. Malah Thierry Henry sendiri menganggap Mbappe adalah wajah sebenar PSG.

Dalam ulasannya tentang peranan Messi dan Mbappe, Henry menyatakan bahawa Messi harus akur bahawa dia sekarang sedang bermain dalam pasukan Mbappe.

Mbappe mencatatkan 138 gol dan 69 assist dalam 185 penampilan untuk PSG, Dembele hanya mencatatkan 30 gol dan 21 assist dalam 118 perlawanan di Barcelona.

Jadi jelas sekali pandangan Gnabry itu memerlukan penjelasan yang lebih kompleks.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di