Mural Hakimi Dicium Ibunya Di Barcelona Tarik Perhatian, Dianggap Bawa Mesej Kekeluargaan Kuat

Mural Achraf Hakimi mencium pipi ibunya telah disematkan di Barcelona.

Ianya adalah detik seorang anak meraikan kejayaan bersama ibunya.

Bukan Achraf Hakimi sahaja yang melakukan keraian dengan ibunya sejak hari pertama Piala Dunia 2022 lagi. Malah pemain pemain Maghribi yang lain turut melakukannya.

Membuatkan pengulas Barat kekaguman melihat semangat kekeluargaan di kalangan pemain pemain Maghribi.

Achraf Hakimi merupakan pemain yang dilahirkan di Bandar Madrid. Dia membesar di sana dan memulakan karier akar umbinya bersama dengan akademi Real Madrid.

Namun dia telah menolak tawaran untuk mewakili Sepanyol. Dia memilih untuk mewakili negara asal usul keturunan keluarganya iaitu Maghribi.

Mural yang dipaparkan di Barcelona ini mendapat reaksi ramai pihak. Mereka memujinya kerana ianya memberikan mesej yang jelas kepada dunia Eropah pentingnya nilai kekeluargaan.

Dengan kerisauan ke atas budaya masyarakat moden di Eropah hari ini yang suka mengabaikan ibu bapa mereka dan menghantar ke rumah jagaan orang tua.

Di Sepanyol, memang ramai masyarakat Maghribi yang berhijrah ke sana.

Selain itu, peminat juga menganggap ianya satu budaya yang unik. Kerana pemain Maghribi seolah olah menongkah arus dunia bola sepak moden. Mereka lebih suka menayangkan detik bersama ibu bapa mereka.

Lebih baik daripada pemain pemain di Eropah atau Latin pada hari ini lebih suka untuk flex atau menayangkan awek dan isteri mereka yang seksi. Ataupun gelaran WAGS.

Namun Maghribi membawakan mesej yang luar biasa. Di mana para pemain mengutamakan ibu bapa mereka terlebih dahulu dalam kejayaan mereka.

Sofiane Boufal menari nari dengan ibunya di atas padang ketika meraikan kejayaan bersejarah Maghribi mara ke separuh akhir.

Boufal merupakan pemain yang dilahirkan di Paris. Dibesarkan ibunya yang bekerja sebagai cleaner.

Dia menggelarkan ibunya sebagai tembok batu yang sentiasa melindunginya dan sangat kuat.

Dia sentiasa yakin bahawa kejayaannya pada hari ini kerana doa ibunya setiap hari kepadanya.

Maghribi akan berdepan Croatia dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia.

Kalah atau menang, Maghribi sudah mencipta sejarah menamatkan saingan Piala Dunia di tempat tertinggi pernah mereka lakukan.

Croatia merupakan naib juara 2018 dan sedia untuk menjadi pasukan ketiga dalam podium Piala Dunia 2022.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di