My December: Naskah Melankolik Linkin Park Dan Makna Di Sebaliknya

My December adalah antara lagu terawal yang dicipta oleh Mike Shinoda. Lirik lagu ini ditulis oleh Mike Shinoda pada 2000, ketika Linkin Park sedang dalam jelajah ke Nashville.

Namun polisi Linkin Park adalah, hampir kesemua lagu mereka akan dikreditkan kepada kumpulan dan sebab itu lagu ini bukan milik mutlak Mike Shinoda.

Lagu yang mendayu tersebut telah dimuatkan ke dalam album debut mereka Hybrid Theory namun versi B-side la. Jadi kalau korang beli Hybrid Theory, studio version yang biasa tu, korang tak akan jumpa.

Kalau tak, mungkin pesaing kepada In The End untuk lagu mendayu.

Lagu yang ikonik dengan sentuhan gitar dan bunyi piano. Tidak pasti kenapa lagu ini ditolak ke B-Side. Sebab ianya sangat sedap.

Mungkin juga Mike Shinoda mahu memastikan Hybrid Theory itu digunakan sepenuhnya sebagai album untuk perkenalan kepada peminat baharu bahawa Linkin Park adalah Nu Metal band yang bergantung kepada scream oleh Chester Bennington.

Lagu ini terdapat pada album:

  • Kevin and Bean: The Real Slim Santa” (KROQ Christmas CD) (2000)
  • One Step Closer” (CD single) (2001)
  • Frat Party at the Pankake Festival” (DVD-Audio) (2001)
  • Hybrid Theory” (Import & Special editions) (2001 & 2002)
  • In the End: Live & Rare” (only available in Japan) (2002)
  • LP Underground 2.0″ (limited edition fan club CD) (2002)

Bagi versi remix, ianya juga ada dalam album Reanimation dengan nama My<Dsmbr.

Lagu My December ni tak ada scream kuat itu dan ianya sangat mendayu. Chester ni memang gifted. Dia jerit sedap, dia nyanyi mendayu pun sedap.

Lirik lagu adalah menggambarkan kerinduan seseorang kepada orang yang dia sayang – apabila di kejauhan.

Namun lelaki tersebut (part yang dimainkan oleh Chester Bennington) telah bergaduh dengan teman wanitanya dan meningalkannya untuk pergi ke tempat baharu.

Sebab itu, ada lirik yang berbunyi:

Just wish that it didn’t feel like there was something I missed
(Hanyar berharap bahawa saya tidak terasa kehilangan sesuatu)

Take back all the things I said to make you feel like that
(Menarik balik semua yang ku katakan agar kau tak terasa)

Disember merupakan bulan terakhir di dalam kalendar. Jadi ia mewakili bahawa, itu adalah pengakhiran kisah pada tahun itu.

“This is my snow covered home” – merujuk kepada tempat baharu yang didiami dan menggambarkannya agak kosong dan tak lengkap.

Lelaki tersebut mahukan teman wanitanya kembali dan mengisi kekosongan itu.

Lagu ini merupakan antara lagu yang paling kerap dibawakan oleh Linkin Park dalam persembahan pentas mereka.

Berbalik kepada, kenapa saya katakan ini lagu melankolik yang istimewa? Kerana para peminat Linkin Park mendapat lagu ini di dalam album bukan studio version ataupun mendengarnya daripada persembahan pentas mereka.

Tak kisahlah korang pergi sendiri ke konsert ataupun menonton versi DVD, VCD dan sebagainya.

Ia kekal menjadi antara lagu era Hybrid Theory yang terbaik pernah dihasilkan oleh Linkin Park.

Lirik penuh:

This is my December
This is my time of the year
This is my December
This all so clear
This is my December
This is my snow covered home
This is my December
This is me alone
And I
(Just wish that I didn’t feel like there was something I missed)
And I
(Take back all the things I said to make you feel like that)
And I
(Just wish that I didn’t feel like there was something I missed)
And I
(Take back all the things that I said to you)
And I’d

Give it all away
Just to have somewhere to go to
Give it all away
To have someone to come home to
This is my December
These are my snow covered trees This pretending
This is all I need

And I
(Just wish that I didn’t feel like there was something I missed)
And I
(Take back all the things I said to make you feel like that)
And I
(Just wish that I didn’t feel like there was something I missed)
And I
(Take back all the things that I said to you)
And I’d

Give it all away
Just to have somewhere to go to
Give it all away
To have someone to come home to
This is my December
This is my time of the year
This is my December
This all so clear
Give it all away
Just to have somewhere to go to
Give it all away
To have someone to come home to
Give it all away
Just to have somewhere to go to
Give it all away
To have someone to come home to

Rujukan:

Linkinpedia
Hybrid Theory Wiki

Baca yang lain