Nagelsmann Hampir Pasti Jadi Pengurus PSG Baru

PSG sedang dalam rundingan dengan Julian Nagelsmann.

Pengurus asal Jerman itu sebelum ini dipecat oleh Bayern Munich walaupun ketika itu berpeluang menamatkan saingan sebagai juara treble.

Malangnya, Oliver Kahn dan Hassan Salihamidzic dilaporkan mulai panik risau kehilangan Tuchel yang tidak berjawatan.

Dan mereka memutuskan untuk memecat Nagelsmann.

Pemecatan Nagelsmann kemudian membuatkan Kahn dan Salihamidzic dipecat pada akhir musim kerana dianggap tidak betul dan kejam.

Nagelsmann berunding dengan beberapa kelab termasuk Spurs dan Chelsea.

Namun rundingan dengan dua kelab Inggeris itu gagal untuk pergi ke fasa lebih advance. Dan akhirnya PSG datang dengan tawaran.

PSG seperti dilaporkan sebelum ini, sudah tidak mahukan Christophe Galtier lagi dalam pasukan mereka.

Dan pengurus itu dipecat, sehari selepas dia memenangi Ligue 1 bersama PSG.

Di PSG, piala domestik bukan KPI sebenar kelab itu. Kegagalan Galtier dalam UCL membuatkan dia membayar harga yang tinggi.

Nagelsmann dianggap calon terbaik pada masa ini. Dengan pengurus itu masih tersedia untuk dimiliki oleh PSG.

Nagelsmann dilaporkan tertarik dengan projek mega di PSG.

Dia dijangka akan diumumkan sebagai pengurus PSG yang baharu sebelum pra musim bermula.

Menurut laporan Pedro Almeida, Jose Mourinho merupakan pilihan utama Luis Campos (Pengarah Sukan PSG).

Namun malangnya, pengurus Portugis itu tidak berminat untuk menjadi pengurus PSG. Menariknya, Nagelsmann digelar mini Mourinho pada awal kariernya di Jerman kerana pengurusan pasukannya yang hebat.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu