Nasri Sarankan Mbappe Jadi Jaguh Kampung Sahaja

Samir Nasri menentang idea Kylian Mbappe ke Real Madrid. Pemain bintang Perancis, Mbappe dikaitkan dengan Real Madrid sejak dulu lagi.

Dan pemain itu masih belum melanjutkan kontrak baharunya bersama dengan PSG.

Mbappe boleh meninggalkan PSG secara percuma pada akhir musim ini jika dia tidak mengaktifkan klausa lanjutan khas setahun lagi atau menandatangani kontrak baharu jangka panjang.

Nasser Al Khelaifi percaya pemain itu akan terus kekal dengan PSG. Sebab itu dia dikembalikan semula ke dalam skuad utama beberapa bulan lalu setelah berlaku sedikit perselisihan antara Mbappe dan PSG.

Ramai pihak merasakan bahawa Kylian Mbappe perlu menyertai kelab lebih besar terutama sekali Real Madrid. Kerana itu akan membantunya mengukuhkan legasinya dalam bola sepak.

Namun Samir Nasri berpendapat bertentangan dengan idea itu. Menurut Nasri, lebih baik Mbappe terus menjadi jaguh di kampungnya sendiri berbanding menempa nama dengan Real Madrid.

Bekas penyerang antarabangsa Perancis itu berkata, lebih manis kejayaan menjulang 1 UCL bersama PSG berbanding memenangi UCL ke-15 dengan Real Madrid.

Nasri berkata: “Dia asal dari kota Paris. Jika saya berada di tempatnya, saya akan terus kekal di PSG daripada pergi memenangi UCL ke-15 bersama Real Madrid.”

“Lebih baik menjadi raja di kampung halaman kamu sendiri berbanding di tempat lain.”

Selain itu Nasri menegaskan bahawa PSG ketika ini memiliki pemilik yang sangat bagus dari Qatar.

“Jika Olympique Marseille dulu menjadi milik Qatar ketika saya masih di kelab itu, saya tak akan pernah meninggalkan mereka. Lebih baik menjadi raja untuk rakyat kamu sendiri.”

Adakah anda setuju dengan pandangan Nasri? Dan adakah Mbappe akan berjaya membantu PSG menjulang UCL pada musim ini?

UCL merupakan trofi idaman utama Nasser Al Khelaifi. PSG musim ini dikendalikan pengurus yang mereka baru lantik awal musim ini iaitu Luis Enrique. Bekas pemenang treble ketika mengendalikan Barcelona sebelum ini.

Kylian Mbappe baru baru ini menamatkan ranking Ballon d’Or beliau di tangga ke-3 di belakang Lionel Messi dan Erling Haaland.

Baca yang lain