Nasri Umum Persaraan, Akui Cinggey Ini Punca Kariernya Hancur

Samir Nasri akhirnya mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional. Keputusan itu mungkin dianggap terlalu awal, memandangkan dia baru berusia 34 tahun.

Nasri adalah bakat elit dalam bola sepak. Pemain yang sangat kreatif dan berskil. Nasri juga merupakan pemain dalam kategori budak nakal. Suka berparti dan seringkali melanggar peraturan kelab.

Tetapi tidak ada siapa yang mampu menafikan kegeniusannya di atas padang.

Samir Nasri memiliki karier yang luar biasa bersama dengan Arsenal dan kemudian berhijrah ke Man City. Namun kontroversi doping membuatkan kariernya hancur teruk.

Nasri menganggap ianya detik hitam dalam karirnya dan berkongsi kisah tersebut dengam Le Journal du Dimanche di Perancis. Mengimbas kembali ketika kes itu bermula, Samir Nasri, yang sedang bercuti di Los Angeles, AS, pada bulan Disember 2016 mengalami sakit kepala dan muntah. Dia akhirnya menemui sebuah klinik swasta bernama Drip Doctors.

“Satu episod yang sangat menyakitkan saya dan mengubah hubungan saya dengan bola sepak, serta penggantungan yang diberikan kepada saya.”

“Saya menganggapnya lebih daripada tidak adil. Saya tidak menggunakan produk doping. Itu adalah suntikan vitamin kerana saya sakit. Ia telah merosakkan karier saya. ”

Fasa akhir karier di liga utama eropah

Nasri sangat suka bermain di bawah Jorge Sampaoli yang menurutnya berbeza dengan pengurus lain. Di mana dia diberikan kebebasan total di dalam dan di luar padang.

Pemain bola sepak profesional pastinya mengidamkan kebebasan total. Namun itu sebenarnya tidak berlaku di dalam karier mereka. Di mana mereka terikat dengan kontrak.

Arsenal di bawah Arsene Wenger misalnya, akan memotong gaji pemain yang kantoi merokok ataupun tidur lewat lebih daripada waktu ditetapkan.

Namun harus diakui ramai pemain yang melakukan perkara ditegah itu secara sembunyi. Satu pendedahan di Itali sebelum ini menyatakan, apabila korang tengok gambar pemain bola masuk bar / pub, korang mungkin tak akan jumpa gambar botol arak ataupun soda (minuman bergas).

Ini kerana mereka akan mengelak daripada terkena tindakan. Ya, ramai pemain yang berdisplin walaupun bersosial. Namun ada yang menyembunyikannya dengan sedaya upaya daripada ketahuan.

Samir Nasri antara pemain yang mahukan kebebasan dalam hidupnya. Malangnya kariernya tidak mengizinkannya. Beliau bermain dengan jurulatih setegas Wenger sebelum ini dan kemudian Roberto Mancini – yang juga tegas.

Tetapi dia mendapat kebebasan luar biasa itu ketika di Sevilla di bawah Jorge Sampaoli.

Sampaoli tak kisah saya buat apa – Nasri

Di mana Nasri mendedahkan Sampaoli tidak kisah langsung Nasri minum ataupun berparti selama mana dia nak. Tetapi harus diakui, musim dengan Sevilla adalah antara musim terbaik beliau selain daripada di Arsenal dan pada awal karier bersama City.

Beliau bangkit semula ketika di bawah Sampaoli pada musim 2016/17. Sevilla bermain salah satu bola sepak terbaik di Eropah pada ketika itu. Nasri menjadi tonggak penting mereka.

Nasri, 32, yang kini bermain untuk Anderlecht di Belgium, mengenang kembali kejayaannya di Sevilla – dan hubungannya yang luar biasa rapatnya dengan Sampaoli – dalam wawancara di Instagram pada hari Isnin.

“Saya mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan Sampaoli, dia lebih kepada seorang rakan berbanding jurulatih,” kata Nasri.

“Sampaoli sangat menyukai saya sehingga dia berkata kepada saya ‘Datanglah ke pasukan kami, kamu boleh minum, pergi ke kelab malam, melakukan apa yang kamu mahukan dan saya akan menutupi punggung [cover your a**] anda. Yang saya minta ialah kamu bermain dengan baik di padang di hujung minggu. ‘”

“Sebenarnya, pada suatu hujung minggu saya tidak dapat bermain dan saya mahu pulang ke rumah dan berjumpa keluarga saya dan dia menawarkan diri untuk menjaga rumah saya dan menjaga anjing saya.”

Hancur kerana cinggey

Bak kata Jijo Alfonso Pereira, ada 3 perkara yang boleh menghancurkan negara; rasuah, tak menepati masa dan cinggey.

Kempen baik Nasri mulai lebur setelah dia menjalani rawatan intravena di sebuah klinik di Los Angeles yang akhirnya menyebabkan dia dilarang bermain bola sepak selama 18 bulan kerana melanggar peraturan anti-doping.

Walaupun dia buat apa saja benda di Sevilla di-cover line baik oleh Sampaoli, namun satu peristiwa di Los Angeles ternyata di luar kemampuan Sampaoli.

“Apa yang berlaku di Los Angeles merosakkan musim saya,” tambahnya.

“Ini adalah suntikan vitamin yang sah dan saya mempunyai preskripsi tetapi klinik menyuntik saya dengan jumlah yang lebih besar daripada yang saya jangkakan. Saya hancur kerana perkara itu dan saya fikir saya akan dilarang bermain selama dua tahun.”

“Saya tidak mahu bermain lagi selepas itu. Saya bahkan memberitahu Sampaoli untuk membiarkan saya, tetapi dia selalu mahu saya bermain. Saya tersesat, saya cemas dan marah dengan segalanya. Saya tidak menunjukkannya di padang tetapi bola sepak sudah berakhir untuk saya. ”

Nama doktor tersebut Jamila Sozahda. Yang merupakan pemilik bersama klinik tempat Nasri mengambil suntikan.

Jamila mulai menjadi perhatian dunia selepas insiden itu yang Nasri gelar sebagai skandal yang menghancurkan kariernya.

“Saya bercuti bersama keluarga. Saya jatuh sakit, saya dijangkiti virus. Saya tidak meninggalkan bilik saya, saya muntah, sakit kepala yang teruk, saya kelaparan,” katanya kepada L’Equipe.

“Saya menelefon seorang kawan dan menyuruhnya mencari doktor. Dia tidak boleh berkata kepada saya, ‘Ada klinik, itu akan membuat kamu lebih baik’,” sambung Nasri.

Nasri juga menerima rawatan dengan bayaran USD 200 di Drip Doctors. Dia diberikan hidrasi 500 mililiter dalam bentuk air steril yang mengandungi komponen mikronutrien.

Namun, ia menjadi masalah kerana dosnya 10 kali lebih besar daripada yang dibenarkan oleh Badan Anti-Doping Dunia (WADA) dan peraturan anti-doping UEFA.

Akibatnya, Nasri, yang ketika itu sedang beraksi untuk Sevilla, dijatuhi hukuman penggantungan selama enam  bulan.

“Saya hancur kerana saya fikir saya akan digantung selama dua tahun. Saya tidak mahu bermain lagi selepas itu,” tambah Nasri.

“Saya bahkan memberitahu [Jorge] Sampaoli untuk meninggalkan saya, tetapi dia selalu mahu saya bermain. Saya hilang arah, cemas, dan marah tentang segala-galanya. Saya tidak menunjukkannya di padang, tetapi bola sepak sudah berakhir untuk saya. ”

Selepas Sevilla, Nasri bermain tidak lama di Turki untuk Antalyaspor, kemudian kembali ke England bersama West Ham, dan terakhir bermain dengan Anderlecht pada musim 2019/20. Dia kemudian gagal menadapatkan kelab.

Ketika kemuncak kariernya dia menjadi impian hampir semua kelab besar di eropah sebelum membuat perpindahan kontroversi menyertai Man City dalam gelombang yang menyaksikan ramai pemain Arsenal ke Etihad masa itu.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi