Nat Phillips Skor Dan Buat Clearance Atas Garis, Chamberlain Buat Tutorial Gol Kepada Mane

Nat Phillips sekali lagi menjadi perhatian. Sebelum ini beliau melakukan assist dalam aksi berdepan Man United. Namun kali ini beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool dalam aksi berdepan dengan Burnley.

Liverpool perlu menang ke atas Burnley untuk naik ke top 4 menjelang perlawanan terakhir.

Dan Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Cuma masih masalah penyudah yang membazir. Mohamed Salah, Sadio Mane dan Firmino masing masing cuba memenangi pertandingan minta dimaki peminat.

Namun Firmino cepat insaf dan menjaringkan gol pertama Liverpool. Berpunca daripada fast break Attack, Firmino merembat kemas hantaran bola rendah oleh Andy Robertson.

Sadio Mane menjadi penyerang kedua yang insaf dengan membekalkan assist kepada Nat Phillips pada awal separuh masa kedua.

Nat, pemain yang tinggi lampai menggunakan fizikalnya bergasak dengan pemain lawan untuk mendapatkan gol kedua Liverpool.

Satu gol yang sangat penting buat Liverpool kerana persaingan pada hari terakhir berpotensi ditentukan dengan perbezaan jaringan.

BURNLEY, ENGLAND – MAY 19: Nathaniel Phillips of Liverpool scores their side’s second goal whilst under pressure from Ben Mee of Burnley during the Premier League match between Burnley and Liverpool at Turf Moor on May 19, 2021 in Burnley, England. A limited number of fans will be allowed into Premier League stadiums as Coronavirus restrictions begin to ease in the UK. (Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Selepas itu Liverpool cari pasal. Seolah olah minta dibolosi. Pressing yang lemah, clearances semua dimenagi semula Burnley.

Bersepah percubaan gol dilakukan Burnley. Sehinggakan pada satu ketika, terfikir juga Liverpool ni mungkin akan spoil game ni daripada kedudukan 2 gol mendahului.

Burnley berterusan mengawal bola, cross ,  Liverpool clear -Burnley dapat bola lagi, cross – liverpool clear. Begitulah kitarannya, tak pasti berapa minit lamanya.

Lalu Klopp memasukkan Oxlade Chamberlain untuk memberikan tutorial kepada Mane cara menjaringkan gol. Chambo bermain false 9. Sebelum ini Alisson dah ajar cara skor gol, tapi tak masuk kat Mane mungkin sebab tu keeper kot.

Dengan hanya sekejap sahaja, Chamberlain menunjukkan kepada Mane langkah langkah bergaya perlu diambil seorang penyerang untuk skor. Control bola, create space dan rembat je bila ada ruang.

Chamberlain berjaya memberikan Liverpool gol ketiga.

Seorang lagi penyerang yang terus tak nak insaf dalam game ini, Mohamed Salah memiliki peluang untuk 1 lawan 1 namun dia tak skor. Salah turut mendapat beberapa situasi terbaik sama ada nak skor atau cipta gol, tapi ternyata dia hari ni tak nak melakukannya.

Apa yang pasti Nat Phillips adalah pemain yang menjadi wira sebenar. Bek bidan terjun yang turut menyelamatkan Liverpool dari bolos dengan clearance atas garisan.

Selepas tamat perlawanan Nat berkata: “Mengeluarkan bola dari atas garisan memang sudah pekerjaan saya bang. Kamu akan gembira sebab berada dalam senarai penjaring, tapi orang macam saya lebih gembira dengan clean sheet.”

Wow, falsafah betul.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di