Netflix Sahkan Ellen Page Kekal Dalam The Umbrella Academy Musim Ketiga

Pelakon lelaki Elliot Page atau sebelum ini dikenali sebagai pelakon wanita – Ellen Page disahkan pasti akan terus berlakon dalam siri The Umbrella Academy, walaupun dia sudah menukar jantinanya.

Variety melaporkan bahawa pihak produksi iaitu Netflix menegaskan bahawa mereka tidak ada rencana untuk menggantikan Page, yang memainkan Vanya Hargreeves atau Number Seven dalam siri popular itu.

Sementara itu, watak Vanya Hargreeves dikenali sebagai wanita sebelum ini, sesuai dengan keadaan ketika dilahirkan.

Variety turut melaporkan bahawa nama Ellen Page akan ditukar oleh Netflix menjadi Elliot Page dalam kredit siri The Umbrella Academy.

Tidak hanya dalam siri ini, tetapi juga dalam semua karya yang berkaitan dengan Page dalam perkhidmatan penstriman mereka. Perubahan data itu dijadualkan sudah bermula kelmarin.

Ellen Page, juga terkenal dalam filem Juno serta X-Men, mengumumkan dirinya sebagai transgender, bertukar daripada perempuan kepada lelaki. Dan dia mengesahkan dia menukar namanya menjadi Elliot Page.

Dalam pernyataan yang disiarkan di media sosial, Page mengakui bahawa dia senang tampil atau keluar mengenai identiti barunya.

“Hai kawan-kawan, saya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya adalah lelaki trans, dan nama saya Elliot. Saya berasa bertuah dapat menulis ini. Di sini. Pada peringkat ini dalam hidup saya,” tegas Page mengatakan dalam sebuah pernyataan di Instagram pada Rabu.

Dalam pernyataan itu, Ellen Page atau Elliot Page sangat terbuka mengenai pengalamannya mencari identiti barunya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di