Netizen Indonesia Mengamuk Selepas Barito Putera Enggan Lepas Bagus Kahfi Ke Liga Belanda

Amiruddin Bagus Kahfi terpaksa akur bahawa impiannya ke Eropah kali ini tertangguh. Ini kerana Barito Putera – kelab beliau sekarang – tidak mahu melepaskan pemain itu ke kelab Belanda, FC Utrecht.

Bagus sebenarnya hanya selangkah lagi untuk bermain di Liga Belanda bersama FC Utrecht. Namun, impian saudara kembar kepada Bagas Kaffa terpaksa dilupakan untuk kali ini.

Barito Putera dilaporkan tidak memberikan sebarang respon kepada bidaan daripada Utrecht. Dan selepas tarikh akhir tiba, maka Utrecht menganggap pasukan itu tak berminat untuk berunding.

Kontrak Bagus dengan Barito Putera adalah sehingga 2021.

FC Utrecht telah menghantar tawaran rasmi untuk mnembeli pemain itu dan memberikan tarikh akhir sehingga hari Jumaat, 27 November 2020. Malangnya ianya tak dilayan.

Keadaan ini telah membuatkan ramai warganet dan penyokong Indonesia marah. Media sosial Barito Putera diserang netizen Indonesia.

Ada yang menyumpah Barito Putera agar muflis dan tersingkir ke liga bawahan. Tidak kurang juga yang mencarut serta menganggap Barito Putera sebagai katak di bawah tempurung.

Malah ada di antara mereka yang berharap PSSI akan campur tangan dalam perkara ini – jangan hanya berdiam diri.

Kerana menurut mereka, PSSI harus bertindak ke atas kelab yang menghalang usaha pemain Indonesia untuk ke Eropah.

“PSSI seharusnya memberikan komen isu kegagalan Bagus Kahfi untuk memiliki karier di luar negara, kerana jika perkara seperti ini diulang, tidak mustahil imej buruk yang berkaitan dengan sistem pengurusan buruk pasukan Indonesia akan dipertimbangkan oleh pasukan luar jika mereka ingin merekrut pemain dari Indonesia,” kata Fandemm, pemilik akaun @. peminatafaridd.

“Nanti, jika ada peluang untuk bermain di luar, anda boleh kehilangannya. Bagus Kahfi adalah contoh, kelabnya menghalangnya pergi ke Eropah,” kata @ satrio_alif ·

Bagus Kahfi mendapat perhatian oleh FC Utrecht kerana cadangan daripada jurulatih Garuda Select, Dennise Wises.

Dennis percaya bahawa Bagus akan dapat berkembang ke tahap yang lebih tinggi jika dia bergabung dengan kelab bola sepak di Eropah.

Dennis Wise agak terkilan kerana Barito Putera tidak melayan bidaan tersebut. Namun akur bahawa kelab pemilik tetap memiliki kuasa ke atas pemain mereka.

Mana tidaknya, FC Utrecht antara pasukan yang banyak meningkat sejak kebelakangan ini. Mereka turut beraksi dalam Liga Europa.

Antara bintang yang bermain untuk mereka ialah Adam Maher dan Eljero Elia. Kelab mereka terkenal dengan keupayaan melahirkan bintang seperti Dirk Kuyt.

Bagus Kahfi sebelum ini pernah menjalani pemulihan kecederaan di Utrecht.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di