Netizen Lancar Perang #CancelNeflix Membuatkan Nilai Pasaran Netflix Susut $37.48 Billion

Filem yang berjudul “Cuties” atau “Mignonnes” (Perancis) yang ditayangkan di Netflix menimbulkan banyak polemik. Filem berbahasa Perancis ini kontroversi kerana menyajikan kanak-kanak bawah umur dengan sejumlah adegan yang keterlaluan.

Pengguna Twitter bahkan telah melancarkan hashtag #CancelNetflix untuk mengkritik filem ini, yang diarahkan oleh Maïmouna Doucouré.

Sebelum ini sudah ramai yang menentang Netflix ketika syarikat gergasi penyiaran menerusi penstriman itu mengiklankan tayangan filem ini.

Namun Netflix tidak peduli dengan semua itu dan meneruskan tayangan filem kontroversi ini seperti yang sudah mereka rancang sebelum ini.

Ada yang menuduh pengarah dan kesemua mereka yang terlibat dengan filem ini termasuk ibu bapa yang membenarkan anak mereka berlakon dalam filem ini sebagai haiwan.

Ramai yang meminta Netflix menghapuskan segera filem itu daripada pustaka filem mereka.

Warganet telah menyatakan kemarahan mereka kepada Filem Perancis kontroversi ‘Cuties’ tersebut dengan  hashtag #CancelNetflix. Ianya menjadi trending pada ketika ini.

Netizen menjadi sangat marah kerana filem itu yang mengisahkan mengeksploitasi seks seorang kanak-kanak.

Hashtag #CancelNetflix kini menjadi topik popular di Twitter, terutama di AS pada hari Khamis malam selepas ‘Cuties’ ditayangkan pada 9 September di Netflix.

Petisyen Change.org meminta pelanggan Netflix untuk membatalkan langganan mereka kerana eksploitasi kanak-kanak dan seksual yang terdapat dalam filem itu.

Seorang pengguna Twitter bernama Muhamad menganggap filem ini sebagai menjijikan.

Beliau menggambarkan Netflix ada niat jahat mahu memecahkan struktur institusi keluarga dengan ekploitasi kanak kanak dalam filem ini.

Rata rata ramai yang jijik dengan filem yang ditayangkan di saluran yang mereka bayar.

Terlalu banyak aksi yang keterlaluan ditayangkan di dalam filem ini membuatkan ramai yang menyampah  dan marah.

Lebih 600,000 orang sudah menandatangani petisyen di Change untuk membatalkan langgan Netflix mereka,

Berdasarkan angka itu, jika kesemua 600,000 orang membatalkan langganan mereka pada kadar purata $12.99 sebulan, bermakna Neflix sedang berdepan risiko kerugian sekitar $7.8 juta sebulan.

Selain itu Netflix turut kehilangan $9 billion / RM37.48 pada nilai pasaran mereka sebaik sahaja netizen melancarkan kempen #CancelNeflix.

 

Ternyata netizen kali ini berjaya memberikan impak dalam kempen mereka. Semua orang tak kira bangsa dan agama telah bersatu menentang kejahilan Netflix.

Akhir sekali, Netflix Babi!

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di