Neville Jangkakan EPL Kekal Angkuh Enggan Terima Polisi Masa Tambahan Seperti Piala Dunia 2022

Walaupun banyak banyak perkara yang seringkali diperdebatkan dalam Piala Dunia 2022 kali ini, termasuk isu pemilihan kalendar kejohanan, namun peminat teruja dengan cara pengendalian masa kecederaan ataupun masa tambahan.

Pengadil kali ini akan memaksimumkan waktu bermain. Jika sebelum ini 4 minit dianggap masa tambahan yang sangat lama. Namun 4 minit sudah menjadi seperti masa tambahan seminit sebelum ini.

Banyak perlawanan yang diberikan masa tambahan lebih 10 minit kerana pengadil melanjutkan lagi masa tambahan yang sedia ada sudah banyak diberikan dalam perlawanan tersebut.

Ini semua adalah sebahagian daripada cadangan daripada pengerusi jawatankuasa pengadil FIFA, Pierluigi Collina. Pengadil legenda dari Itali itu percaya ia adalah langkah yang perlu untuk menghapuskan pembaziran masa bermain.

Collina sebelum ini berkata: “Orang datang nak tengok setiap babak dimainkan 45 minit bukannya 43, 44 minit. Jadi jangan terkejut dengan masa tambahan yang banyak. Persiapkan diri kamu untuk membiasakan diri melihat masa tambahan 6,7,8 atau 9 minit sekalipun.”

Collina mengangap masa tambahan di atas 5 minit akan menjadi perkara biasa.

Collina mendedahkan bahawa banyak masa dibazirkan dan dilengahkan pemain ketika keraian gol, ketika pertukaran pemain, ketika rawatan kecederaan yang tak direka reka ataupun ketika meraikan gol.

Perkara ini yang cuba dibanteras oleh FIFA. Setakat ini, peminat menyambut baik perkara tersebut, malah berharap di liga domestik masing masing, akan mengambil langkah yang sama.

Collina turut menyatakan bahawa prosedur masa tambahan yang banyak ini sudah mula dibuat FIFA pada Piala Dunia 2018 di Rusia. Cuma ketika itu, media tidak ambil peduli kerana masa tambahan tidaklah sampah mencecah 14 minit seperti yang berlaku di Qatar 2022.

Pundit terkemuka Gary Neville turut  bersetuju dan membidas sikap angkuh EPL sebelum ini dalam menerima perubahan yang dianggap positif.

Ini kerana menurut Neville, EPL ada sikap sentiasa rasa diri mereka betul dan mahu buat dengan cara mereka.

Dia meminta EPL beradaptasi dengan sistem FIFA terutama sekali dalam pengendalian masa tambahan.

Bercakap dalam Podcast Gary Neville, pundit itu berkata bahawa keengganan Liga Perdana untuk mengikuti contoh FIFA adalah ‘angkuh’.

Milsanya dalam penggunakan VAR. Menurut Neville, FIFA menggunakan VAR dengan lebih baik dan tidak menghentikan setiap insiden kerana VAR berbanding EPL.

Dia menjangkakan EPL akan terus angkuh dan tidak akan menerima perubahan pengendalian masa tambahan oleh FIFA di Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Agak gila kekadang melihat masa tamban di EPL cuma 3 atau 4 minit, sedangkan kita rasa ianya sepatutnya lebih kerana berlaku pembaziran waktu kerana pertukaran dan sebagainya.”

“Dengan Liga Perdana Inggeris, adakah mereka berkata bahawa mereka tidak akan menerima pakai polisi masa tambahan FIFA. Saya fikir ‘itu agak sombong’.”

“Ia sana seperti apa yang kita lakukan dengan VAR. Mereka telah bereksperimen dengannya untuk banyak kejohanan, dan tiba-tiba kita fikir kita boleh melakukannya dengan cara yang berbeza. Saya suka idea bermain sepenuh masa secara optimum…”

“Ini bermakna anda tidak boleh membuang masa. Anda fikirkan, jumlah pembaziran masa yang telah kita lihat daripada pasukan selama bertahun-tahun, membuang waktu, berjalan ke sana sini.”

“[Mereka melakukannya] beratus kali. Jika kita mendahului 1-0 dan saya akan melakukan lontaran ke dalam, saya tidak akan mengambilnya sekurang-kurangnya sepuluh atau 15 saat. Ia adalah helah paling otai dalam buku itu.”

“Ianya adalah taktik yang telah lapuk dan kita perlu menjauhinya.”

Baca yang lain