Neymar Akui Psikologinya Koyak Teruk, Brazil Bungkus Sebelum Sempat Ambil Penalti

Neymar hanya mampu melihat rakan rakannya mengambil sepakan penalti ketika penentuan penalti menentang Croatia.

Neymar yang merupakan pakar sepakan penalti dan penyepak penalti utama pasukannya. Namun dalam senarai pengambil sepakan penalti pada hari itu Neymar berada di giliran penalti kelima.

Brazil kalah 2-4 dalam penentuan penalti itu dengan Marquinhos dan juga Rodrygo Goes gagal dalam tugasan mereka.

Perkara itu benar benar membuatkan Neymar sedih dan kecewa. Dua menangis teresak esak selepas tamat perlawanan.

“Saya hancur secara psikologi. Ia pasti kekalahan yang paling menyakitkan saya, yang menyebabkan saya lumpuh selama 10 minit selepas perlawanan, selepas itu saya menangis tanpa dapat berhenti,” tulis Neymar menerusi Instagram.

Dia mengakui perkara itu akan menghantuinya untuk masa yang lama. Dia perlu kuatkan semangat untuk segera melupakan kekecewaan tersebut.

Neymar menganggap itu adalah kekecewaan paling teruk dia alami dalam hidupnya. Dia tidak mampu berbuat apa apa melihat negaranya tersingkir sedangkan kepakarannya adalah mengambil penalti.

Neymar menamatkan kempen Piala Dunia 2022 dengan menjadi penjaring terbanyak bersama untuk negaranya dengan 77 gol. Rekod yang sama dengan Pele.

Dia berpeluang untuk mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Brazil di Qatar 2022, jika mereka terus mara.

Neymar menjaringkan gol cantik dalam perlawanan tersebut. Dia kembali daripada kecederaan yang dia alami di buku lali pada perlawanan pertama. Namun akur bahawa dia sudah perlu melupakan Piala Dunia 2022.

Menamatkan pemburuan Piala Dunia keenam dal sejarah negara mereka. Kali terakhir mereka menjulang kejuaraan tersebut adalah pada tahun 2002.

Ramai peminat mempersoalkan kenapa Neymar perlu menjadi pengambil penalti kelima sedangkan dia merupakan pakar utama tugasan itu. Adakah Neymar cuba menjadi wira kemenangan negaranya semata mata?

Tite menepis dakwaan bahawa Neymar yang meminta untuk menjadi kelima kerana menurut Tite dia yang menentukan urutan tersebut.

Bagi Tite sepakan kelima biasanya menjadi penentu dan dia mahu meletakkan pemain terbaik untuk penalti mengendalikan tekanan itu.

Hujah itu tidak dipersetujui oleh pengurus Croatia yang menyatakan bahawa dia akan sentiasa meletakkan Neymar sebagai yang pertama dalam tugasan penalti.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di