Neymar Beritahu PSG Dia Mahu Berambus

PSG sudah kehilangan Messi dan kemudian bakal kehilangan Mbappe. Sebelum kehilangan Mbappe mereka bakal kehilangan Neymar.

Pemain yang sudah beberapa kali dihalau oleh ultras PSG sehingga ada protes depan rumah.

Neymar kini tidak lagi seronok di PSG dan sudah memberitahu kelab bahawa dia mahu angkat kaki pada jendela perpindahan kali ini.

Neymar musim lalu banyak berada di bilik pemulihan. Dan dia turut dikecam peminat sebagai makan gaji buta di PSG kerana rekod kecederaannya yang kerap di kelab itu.

Beberapa tahun lalu Neymar pernah meminta dijual balik ke Barca namun PSG tidak mahu.

Kemudian musim lalu, PSG cuba menjual Neymar yang dianggap tiada dalam perancangan kerana keutamaan mereka ialah Messi.

Neymar gagal dijual kerana gaji pemain itu terlalu tinggi. Neymar tidak mahu menerima pengurangan gaji. Neymar hanya setuju untuk dikurangkan gaji jika kelab itu adalah Barcelona.

Tetapi situasi kewangan Barca tidak mengizinkan kelab itu mendapatkan pemain itu kembali.

PSG sudah memberitahu Neymar bahawa projek baharu kelab itu bukan lagi berteraskan Neymar tetapi Mbappe.

Akhirnya Christophe Galtier akur dan menyertakan Neymar dalam perancangannya.

Kini giliran Neymar pula mahu angkat kaki ketika Mbappe pun sudah berkira kira mahu pergi secara percuma musim hadapan.

Neymar sudah menjaringkan 118 gol dan 77 assist dalam 173 penampilan untuk La Parisien itu.

Kini dia sedia untuk kembali ke Barcelona selepas 6 tahun meninggalkan kelab itu.

Selain Barca, ejen Neymar turut dikatakan menghubungi Mauricio Pochettino tentang perkara itu.

Tetapi L’Equipe menegaskan bahawa Neymar menjadikan Barcelona sebagai pilihan utamanya. Kelab yang dia anggap kelab utama dalam hidupnya.

Halangan utama adalah isu kewangan. Barca mungkin tidak dapat mendaftarkan Neymar kecuali La Liga memberikan kelonggaran.

Isu gaji mungkin dapat dbincangkan antara kedua dua pihak.

Seterusnya, RMC memberitahu, Xavi tidak pernah menyenaraikan Neymar sebagai antara pemain dia mahukan. Barca masih perlu mendapatkan pandangan Xavi.

PSG kini bakal mengadakan perbincangan di kalangan pengurusan tertinggi berkenaan dengan situasi Neymar.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari