Neymar Cedera Lagi Menjelang Harijadi Adiknya, Terlepas Menentang Barcelona

Netizen menggelarkan ianya sumpahan harijadi adik Neymar. Di mana pemain tersebut sering cedera menjelang harijadi adiknya.

Sebelum ini, Neymar beberapa kali menghadiri parti harijadi adiknya dalam keadaan dia diberikan pelepasan kerana kecederaan.

Terbaru, pemain PSG itu, disahkan berehat sekurang kurangnya sebulan kerana kecederaan. Sekaligus terlepas aksi UCL menentang bekas kelabnya, Barcelona minggu hadapan.

Neymar kemungkinan besar terlepas aksi timbak balik.

Beberapa netizen mulai mengusik Neymar dengan berkata: “Ada 3 perkara yang pasti; kematian, cukai, Neymar cedera menjelang harijadi adiknya.”

Ini adalah kali keenam berturut turut Neymar cedera menjelang harijadi adiknya.

Neymar memang sangat rapat dengan adiknya Rafaella. Malah mengukir tatu wajah adiknya pada badannya tanda kasih sayangnya.

Neymar mengalami kecederaan dalam aksi kemenangan PSG ke atas Caen dengan jaringan tipis 1-0. Mauricio Pochettino meminta pengadil memberikan lebih perlindungan kepada Neymar yang seringkali dikasari lawannya.

Pochettino sedia berikan cuti khas

Sebelum ini Mauricio Pochettino tidak menolak kemungkinan Neymar diberi cuti panjang pada bulan Mac, sempena harijadi adiknya, Rafaella Santos.

Agak pelik kerana kisah  sedikit sensasi bahawa Neymar selalu hilang dari aksi untuk PSG, dan sebelumnya Barcelona, ​​sekitar 11 Mac.

Dan agak pelik juga selain daripada selalu balik meraikan harijadi adiknya, Neymar juga secara kebetulan kerap digantung ataupun cedera pada tarikh tersebut.

Malah media di eropah mulai menggelar perkara itu sebagai ‘sumpahan harijadi adik Neymar’.

Jadi masih ada enam minggu lagi untuk mengetahui sama ada Neymar kali ini balik meraikan harijadi adiknya itu.

Lebih mengejutkan apabila kerana Mauricio Pochettino sendiri membincangkan perkara itu.

“Apabila tiba waktunya, kita akan lihat. Penting untuk menjadi tactician yang baik, tetapi pengurusan adalah asas.”

“Ketika saya memulakan latihan, saya mengatakan kepada diri sendiri bahawa saya akan menjadi tidak fleksibel dan tidak akan membiarkan apa-apa.

“Tetapi setelah 12 tahun, saya menyedari bahawa saya lebih fleksibel setiap kali dan saya suka berunding untuk semuanya.”

“Hari ini, generasi baru ingin memberikan pendapat mereka, untuk didengarkan. Dan rundingan harus diutamakan.”

“Tidak ada yang harus  dimenangkan dengan memaksa sesuatu. Anda harus berbincang, berunding.”

Sumpahan harijadi adik Neymar itu bermula sejak tahun 2015, ketika bekas pemain Santos itu masih bermain untuk Barca.

Dia mendapat kad kuning kelima musim ini melawan Granada pada 28 Februari, yang bermaksud dia akan digantung untuk perlawanan 8 Mac menentang Rayo Vallecano,

Neymar meminta cuti khas dan dibenarkan pulang. Neymar kemudian kembali sebelum perlawanan berikutnya pada 14 Mac.

Pada 2016 Neymar sekali lagi digantung perlawanan dan dibenarkan bercuti pada 6 Mac setelah mendapat izin dari pengurus, dan juga atas persetujuan kapten pasukan.

Neymar bermain dengan sangat baik dalam aksi UCL pada 2017 untuk membantu Barca menewaskan PSG 6-1.

Tetapi dia mengalami kerana sakit otot dan terlepas perlawanan menentang Deportivo La Coruna beberapa hari kemudian.

Dia tidak dapat bermain dalam satu lagi perlawanan pada tahun 2018 kerana kecederaan, sementara tahun 2019 Neymar terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.

Pada musim lalu, Neymar dan PSG tidak bermain sehinggal Julai kerana musim wabak. Namun beliau tampil cemerlang dalam aksi UCL membantu kelab Paris itu layak ke final.

Dan tahun ini Neymar sekali lagi tak bermain dalam aksi PSG berdepan dengan Barca.

Apapun semoga cepat sembuh buat bintang paling artistik di atas padang, Neymar.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan