Neymar Jumpa Bakal Ayah Tiri Yang Merupakan Budak TikTok Dan 6 Tahun Lebih Muda

Cinta tak kenal siapa, hadir tanpa dipaksa. Ehh lagu pulak.

Tapi betullah tu. Ibu Neymar dilaporkan sedang bercinta dengan seorang lelaki berusia 22 tahun.

Malah ibunya sudah memperkenalkan Neymar dengan bakal ayah tirinya itu. Kemesraan jelas terpancar di wajah Neymar dan bakal ayah tirinya itu.

Nampak sweet sangat. Ianya sesi suai kenal di antara Neymar dengan bakal bapak tiri baru.

Ibu Neymar berusia 52 tahun. Dan lelaki tersebut berusia 22 tahun. Ini bermakna Neymar bakal mendapat ayah baru yang berusia 6 tahun lagi muda daripadanya.

Neymar ketika ini masih berehat kerana bola sepak di Eropah digantung seketika gara gara wabak koronavirus yang melanda.

Neymar seperti pemain yang lain, melakukan latihan secara peribadi di rumahnya.

Ayah Neymar pun tumpang gembira

Ayah Neymar yang merupakan ejen kepada Neymar pula berusia 55 tahun. Namun tak pasti la kalau beliau pun sudah berpunya.

Ayah Neymar ketika ini berada di Eropah kerana beliau perlu menguruskan banyak perkara tentang Neymar.

Ayahnya adalah orang yang bertanggunjawab membawa Neymar sehingga menikmati perpindahan termahal dunia ke PSG.

Dan kini beliau juga sedang berusaha mencari solusi terbaik untuk masa depan anak kesayangannya itu.

Di ruangan komen, ramai mengucapkan tahniah kepada ibu Neymar. Ini termasuk Neymar sendiri dan bekas suami – si bapak Neymar.

Ayah Neymar memberikan emoji tepuk tangan dan mendoakan yang terbaik untuk jandanya itu.

Teman lelaki baru ibunya itu merupakan peminat Real Madrid. Neymar pula signifikan dengan Barcelona dan ada rumah di sana.

Jadi, ni kira el clasico la ni kan?

Namun begitu, Neymar juga dikaitkan dengan Real Madrid. Mungkin bakal ayah tirinya boleh membantu untuk memuju Neymar menyertai Real Madrid.

Neymar sebelum ini mendedahkan bahawa, beliau memang pernah mendapat tawaran daripada Real Madrid, namun beliau memilih Barcelona.

Selepas beliau tidak sehaluan dengan pemilik PSG pada pra musim lalu, Real Madrid sekali lagi dikaitkan dengan Neymar.

Cuma Neymar menegaskan beliau hanya mahu kembali ke Barcelona.

Budak tik tok

Selain daripada itu, bakal bapak tirinya juga merupakan budak tik tok, memang sesuai la dengan Neymar yang suka memuat naik status di media sosial kan.

Biasalah tu, generasi muda hari ini dengan akaun TikTok. Maka tak terkecualilah teman lelaki emak Neymar ni.

Jadi bolehlah korang ikuti akaun TikTok ayah Neymar untuk mengetahui perkembangan terkini Neymar dan keluarga.

Kita doakan yang terbaik saja buat ibu Neymar dan semoga sampai ke jinjang pelamin.

Dan teman lelakinya harus membuktikan bahawa budak tiktok juga lelaki yang baik di mata dunia.

Inilah peluang untuk budak tiktok memperbaiki reputasi mereka yang calar di mata segelintir manusia lain.

Neymar terbaik

Baru baru ini, pengendali Brazil menyifatkan Neymar merupakan pemain terbaik yang Brazil ada ketika ini.

Amat sukar untuk mencari pengganti Neymar jika pemain itu cedera. Zico pula menyifatkan Neymar serba serbi lengkap dari segi keupayaan teknikal.

Namun apa yang membezakan beliau dengan Messi dan Cristiano Ronaldo adalah fokus di atas padang.

Jika beliau mahu berjaya, Zico menasihatkan Neymar lebih fokus kepada aksi di atas padang berbanding kontroversi di luar padang.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi