Oblak Dan Pertukaran Simeone Antara 5 Perkara Daripada Kekalahan Liverpool

Liverpool tersingkir daripada Liga juara-juara Eropah pada peringkat round of 16.

In selepas skuad The Reds tewas di tangan pasukan Atletico Madrid.

Berikut adalah 5 perkara yang digariskan.

1. Atletico Madrid kental

Seperti yang semua kita kenali pasukan Atletico Madrid merupakan antara sebuah pasukan yang memiliki pertentangan dan endurance.

Atletico Madrid bertahan dengan disiplin yang sangat tinggi. Mereka tidak peduli dengan penguasaan bola tetapi fokus utama mereka adalah cuba mempertahankan kelebihan satu gol yang mereka bawa daripada tempat sendiri.

Ketika ketinggalan mereka tetap fokus untuk Cuba bertahan dalam perlawanan ini dan kekal dengan perancangan asal untuk mencari peluang menyerang balas pasukan Liverpool.

2. Prestasi penjaga gol

Jan Oblak menunjukkan kenapa beliau salah seorang penjaga gol terbaik di dunia pada ketika ini.

Beliau berada dalam kondisi terbaik dalam perlawanan di Anfield.

Jika tanpa aksi tangkas dan beberapa siri super saves daripada beliau Atletico Madrid mungkin menanggung nasib yang berbeza.

Namun begitu untuk Liverpool lain pula ceritanya. Adrian melakukan satu kesilapan yang menjurus kepada gol tempat lawan Atletico Madrid.

Dan selepas itu beliau ditewaskan di near post.

Liverpool lkini menjadi pasukan yang paling banyak menjadi mangsa kepada kesilapan penjaga gol.

3. Pertukaran Diego Simeone

Percaturan beliau untuk menyimpan beberapa pemain sehingga ke masa tambahan telah membuahkan hasil.

ianya boleh dikatakan satu masterclass daripada Diego Simeone.

Dua pertukaran beliau iaitu Marcos llorente dengan Alvaro morata telah memberikan impak yang sangat besar dalam perlawanan ini.

Marcos Llorente menjaringkan dua gol daripada dua percubaan. Sementara Alvaro morata menjaringkan gol ketiga selepas berjaya dimasukkan.

Berbeza dengan jurgen Klopp pemain gantian beliau tidak begitu memberikan kesan yang lebih signifikan berbanding dengan Diego Simeone.

4. Berakhir rekod cemerlang

Ini merupakan kali pertama Liverpool tersingkir daripada pusingan melibatkan timbal balik di dalam perkembangan di Eropah di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Dan ini adalah pertama kali Liverpool ditewaskan di Anfield dalam kejohanan Eropah sejak 2014 di tangan Real Madrid.

Selain daripada itu inilah juga pertama kalinya Liverpool tewas di Anfield dalam semua pertandingan selepas 43 perlawanan.

5. Simeone cemerlang lawan team tanpa Ronaldo

Okey tu yang kelima ini aku anggap ia sebagai fun fact. Diego simeone tidak pernah tewas dalam peringkat kalah mati Liga Juara Juara Eropah yang tepat dengan pasukan yang tiada Cristiano Ronaldo.

Beliau berjaya menewaskan pasukan bimbingan jurgen Klopp di tempat sendiri dan juga di tempat lawan.

Rumusan

Dengan itu berakhirnya kempen pasukan Liverpool dalam liga juara-juara Eropah pada kali ini.

Tak fokus mereka seterusnya adalah untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris yang menjadi satu-satunya trofi yang berada dalam landasan mereka ketika ini dan juga menjadi satu-satunya piala yang sangat-sangat diinginkan oleh Liverpool.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di