One Piece Chapter 986 Tak Akan Keluar Minggu Ini, Episod Yang Membuatkan Editor Menangis

Ini ada berita penting buat peminat Manga One Piece. Di mana edisi / chapter 986 tidak akan dikeluarkan pada hujung minggu ini.

Sebaliknya One Piece chapter 986 dikabarkan hanya akan dikeluarkan pada 2 Ogos akan datang di Shonen Jump.

Perkara itu diumumkan oleh Eiichiro Oda pada akhir One Piece chapter 985 yang lalu.

Sejak dunia bergelut dengan wabak, manga One Piece dan industri manga Jepun turut terkesan. Kerana ini bukan pertama kali One Piece tidak mengeluarkan chapter baharunya mengikut jadual kerana pelbagai kesulitan.

Eiichiro Oda sendiri mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh beliau dan pasukan penerbitannya.

One Piece yang kini semakin hampir ke chapter ke-1,000 dan membuatkan para peminatnya sudah tak sabar untuk menanti episod demi episod.

Wano Arc sedang menjelajah lebih jauh lagi dan menjanjikan perang yang lebih besar.

Pada Rabu lalu, produksi One Piece meraikan ulang tahun yang ke-23 manga tersebut. Bermakna manga One Piece sudah terbit selama 23 tahun. Salah seorang editor manga yang bekerja dengan Eiichiro Oda, Takano Ken, mengatakan beliau menangis ketika menyunting manga One Piece 986.

“Takano Ken mengungkapkan dalam siaran langsung, beliau menitiskan air mata setelah membaca bab berikutnya. Ini adalah pertama kalinya, dia menitiskan air mata sejak menjadi editor One Piece.”

Sepertinya peminat setia One Piece terus mengeluarkan pelbagai andaian dan ramalan jalan cerita dari manga edisi ke-986 yang sedih itu.

Ramai penggemar manga itu nak tahu, sama ada Takano Ken menangis kerana jalan cerita? Ataupun benda lain?

Dalam manga One Piece 985, sebahagian besar pemberontak terlibat dalam pertempuran. Perpecahan yang tercetus daripada sekutu Luffy vs Kaido.

Kaido sedang mempersiapkan diri untuk menguasai One Piece dan bersekutu dengan Big Mama.

Bagaimana pula sambungan cerita tersebut dalam One Piece 986?

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.