Oppo Keluarkan Charger 125W, Cas Penuh Bateri 4,000mAh Dalam Masa 20 Minit Sahaja

Oppo boleh dikatakan sudah lama memimpin teknologi pengecasan pantas. Misalnya, teknologi Dash Charge kini digunakan oleh telefon pintar OnePlus.

Oppo juga dikenali dengan pengecasan pantas siri VOOC yang sebelum ini terbukti antara sistem pengecasan pantas terbaik.

Dan terbaru, Oppo mengklaim mereka sudah berjaya menghasilkan sistem pengecasan 125W yang bakal menjadi charger paling padu dan terkedepan di dalam industri telefon pintar.

Oppo menegaskan, untuk telefon pintar dengan bateri 4,000mAh – korang boleh mengecas penuh dari 0% hanya dalam masa 20 minit sahaja. Di setiap lima minit pengecash 124W akan mengisi 41% bateri 4,000 mAh.

Oppo menyatakan mereka akan membina bateri dan kelengkapan lain seperti tali pengecas. Ini kerana pengecas tersebut sangat berkuasa, dan aspek keselamatan serta efisiensi perlu dijaga.

Bateri double-6C akan digunakan dalam telefon yang menggunakan pengecas super pantas ini. Di mana bateri tersebut masih belum digunakan lagi secara komersial.

Pada masa ini, pengecasan paling pantas adalah pada Oppo Reno Ace di mana bateri 4,000 mAh dicas penuhg dalam masa 31 minit dengan pengecas pantas 65W charger.

Sebelum ini Vivo mengumumkan mereka mengeluarkan pengecas 120W yang mengecas bateri 4,000 dalam masa 13 minit. Namun ianya masih belum dikeluarkan lagi.

Selain daripada pengecasan dengan wayar, Oppo juga meningkatkan keupayaan wireless charging mereka. Di mana 65W AirVOOC yang baharu mengecas bateri 4,000mAh dalam masa 30 minit, itu yang Oppo klaim la.

Menjadikannya pengecas tanpa wayar yang terpantas di bumi ketika ini.

Namun buat masa ini sangat sedikit telefon yang menyokong sistem pengecasan tanpa wayar 65W AirVOOC.

Jadi lepas ni korang laju je cas fon kan. Tak ada alasan bateri kong dah ni.

Sumber: The Verge

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.