Ousmane Dembele Kini Merekodkan 13 Siri Kecederaan Dan Terlepas Hampir 100 Perlawanan

Baru baru ini, Barcelona mengumumkan bahawa Ousmane Dembele mengalami satu lagi kecederaan. Pemain tersebut kini sudah digelar sebagai kaca oleh peminat.

Ini kerana reputasinya yang sangat terkenal kerana kecederaan.

Ianya berlaku hanya selepas Dembele kembali daripada kecederaan minggu lalu. Di mana dia sebelum ini berehat 4 bulan kerana kecederaan lutut ketika beraksi untuk Perancis di Euro 2020.

Dembele kemudian kembali semula ke dalam pasukan dan beraksi cemerlang menentang Dynamo Kyiv dalam aksi liga Juara Juara Eropah. Dembele masuk sebagai pemain gantian.

Namun selepas perlawanan tersebut, Dembele mengalami kecederaan hamstring. Di mana beliau dijangka akan berehat sekitar 3-4 minggu.

Kecederan tersebut membuatkan Dembele terlepas 14 aksi awal musim ini.

Dembele sudah mengalami banyak siri kecederaan di Barcelona. Malah, ketika dia baru diumumkan sebagai pemain Barca dia terus cedera walaupun baru sahaja beraksi untuk pasukan mereka.

Setakat ini, Dembele mengalami 8 siri kecederaan di Barcelona. Membuatkan pemain itu sangat sukar untuk menikmati karier dan membuktikan kariernya di Nou Camp.

Kecederaan terbaru Dembele ini benar benar membuatkan peminat Barcelona simpati dan geleng kepala mengenangkan nasib pemain itu.

Menurut Barcelona, Dembele mengalami kecederaan di otot hamstring kirinya.

Dembele dalam persiapan menentang Celta Vigo. Dan terpaksa melupakan aksi tersebut. Tidak pasti bila pula beliau akan kembali. Yang pasti setiap kali dia kembali mesti ada pengurus baharu.

Dembele memang pemain yang berbakat. Tetapi sejak di Barcelona, kisah beliau hanyalah cerita kecederaannya.

Menurut rekod, Dembele kini sudah mencatatkan 13 siri kecederaan sejak tiba di Barcelona pada 2017. Di mana Barca membayar sekitar EUR110 juta keseluruhan untuk mendapatkan Dembele pada ketika itu.

Dalam tempoh itu, Dembele sudah terlepas 98 perlawanan secara keseluruhan dan hanya beraksi dalam 119 perlawanan. Dengan banyak perlawanan sebagai pemain gantian.

Mujur selepas ini minggu antarabangsa selepas beberapa perlawanan domestik. Dan Dembele boleh berkira kira untuk kembali ke dalam pasukan untuk menentang Espanyol bersama pengurus baharu Xavi.

Ia pasti sukar buat Dembele. Namun sama sama kita harapkan beliau kembali cergas seperti biasa.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari